Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

ABKL sumbang RM37,000 kepada anak yatim

podiumontour February 25, 2026 2 minutes read
ABKL

WAKIL komuniti ABKL bergambar bersama anak-anak dari Rumah Anak Yatim At-Taqwa selepas menyampaikan sumbangan dalam Program Ihya Ramadan di Hotel Le Meridien Putrajaya baru-baru ini. - ABKL

ADIK BERADIK Kuala Lumpur (ABKL) meneruskan komitmennya sebagai organisasi prihatin dengan menyalur lebih RM37,000 kepada golongan memerlukan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Ihya Ramadan Adik Beradik x Rumah Anak Yatim At-Taqwa.

Program yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu dilangsungkan di Hotel Le Meridien Putrajaya baru-baru ini melibatkan seramai 54 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim At-Taqwa, Putra Perdana, Puchong.

Mereka diraikan dengan berbuka puasa dan menerima sumbangan baju dan beg sekolah, baju raya serta duit raya bagi meringankan beban menjelang Aidilfitri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ABKL, Muzammil Mudzakir meskipun penganjuran program tahun ini mencecah RM105,000, tradisi Ramadan tersebut akan diteruskan sebagai acara tahunan selaras dengan misi untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

ABKL
MUZAMMIL

“Ini adalah antara usaha kami untuk kembali memberi kepada golongan yang memerlukan, selain mengeratkan hubungan dalam komuniti,” kata Muzammil.

Sementara itu, ABKL turut merangka pelbagai perancangan sepanjang tahun 2026 bagi memperkukuh komuniti berdasarkan permainan simulasi Grand Theft Auto (GTA) Adik Beradik Role Play (ABRP) di platform FiveM yang semakin berkembang.

Antara inisiatif utama adalah penganjuran pertandingan secara fizikal dijangka berlangsung sekitar November depan, sekali gus menjadi acara yang dinantikan setiap hujung tahun.

“Tahun ini tiada majlis makan malam sebaliknya fokus kepada pertandingan dalam komuniti ABRP terlebih dahulu.

“Selepas pertandingan dalam komuniti berjaya, kami merancang untuk memperluaskan pertandingan ke peringkat antarabangsa, khususnya melibatkan negara-negara Asia Tenggara,” ujar Muzammil.

ABKL
HAFIZH SYAHRIN (kiri) turut hadir memeriahkan Program Ihya Ramadan di Hotel Le Meridien Putrajaya baru-baru ini. – ABKL

Dalam masa sama, ABKL terus komited menambah baik pengalaman permainan dengan pelbagai kemas kini dalam GTA Role Play yang diperkenalkan hampir setiap bulan.

Selain itu, pendekatan baharu turut diperkenalkan apabila ABKL merancang untuk turun padang bertemu komuniti secara fizikal di seluruh negara.

Menerusi konsep ‘touch some grass’ (keluar dari dunia permainan), ABKL akan mengadakan siri jelajah ke beberapa negeri bagi bertemu pemain dan peminat ABRP secara bersemuka, selain menghasilkan kandungan luar seperti vlog.

“Sebelum ini, pertemuan komuniti lebih tertumpu kepada acara hujung tahun, namun pendekatan baharu ini dijangka memperluas interaksi fizikal antara pemain dan pengurusan komuniti.

“Rasanya sudah terlalu lama kami berada dalam dunia permainan atas talian, jadi tahun ini kami mahu lebihkan aktiviti ‘off line’ bertemu dengan komuniti secara fizikal. Lokasi dan tarikh jelajah akan diumumkan dari semasa ke semasa bagi membolehkan komuniti setempat turut serta,” kata Muzammil. – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: SRG antara pasukan lokal di MPL MY S17
Next: Malaysian Tigress berangkat ke Chile

Related Stories

TM
  • Xtra

TM perkukuh komitmen terhadap sukan negara

podiumontour March 13, 2026
NSL
  • Xtra

Klinik NSL lahirkan generasi pelapis masa depan

podiumontour March 13, 2026
ABKL
  • Xtra

ABKL Experience 2025 perkenal ekosistem komuniti digital

podiumontour December 20, 2025

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.