Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa

podiumontour March 31, 2026 2 minutes read
Diva Renatta

REKOD peribadi Diva, 4.35m sudah mengatasi catatan pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022, Niu Chunge dari China iaitu 4.30m. - CHRIS PHOTO XD

RATU lompat bergalah Asia Tenggara, Diva Renatta Jayadi sentiasa memegang prinsip kekalahan adalah permulaan kepada sesuatu kejayaan yang mungkin menjadi faktor kecemerlangannya mencipta rekod peribadi 4.35 meter (m).

Menerusi perkongsian kepada Podium On Tour, Diva, 24, menjelaskan tiada rahsia besar dalam kejayaannya, sebaliknya kekal disiplin dan fokus sepenuhnya kepada sukan dicintainya itu dalam mengejar impian layak ke Sukan Olimpik nanti.

“Saya sebenarnya tidak lakukan apa-apa yang istimewa. Hanya menjaga makan, istirahat dan fokus kepada kejohanan. Jadi tiada rahsia besar kerana saya cuma lakukan perkara-perkara biasa.

“Menurutku, kamu perlu mencintai sukan ini kerana kalau tidak, kamu tidak akan gembira dan menikmati latihan. Kamu akan mudah jenuh (jemu) dan bosan dengan olahraga yang kamu lakukan.

“Kalah adalah salah satu proses untuk menang di kemudian hari. Kamu boleh sedih saat kalah tetapi kemudian kamu perlu bangun dan terus berlatih. Yakin dengan diri sendiri kamu boleh lakukan,” katanya eksklusif kepada Podium On Tour.

Diva yang kini di ranking kelapan Asia mencipta sensasi apabila meraih pingat emas Sukan SEA Thailand 2025 dengan rekod baharu 4.35m, sekali gus menamatkan penantian 22 tahun Indonesia untuk menjuarai acara itu.

Kini, Diva dianggap antara pencabar pingat Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun pada September nanti berdasarkan prestasi semasanya yang konsisten sejak kebelakangan tahun ini.

Ia termasuk kejayaan Diva memenangi dua kejohanan lompat bergalah di Taiwan baru-baru ini dengan catatan 4.20m selain konsisten melepasi had ketinggian 4.00m sejak 2021. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – @CHRISPHOTOXD

Post navigation

Previous: 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
Next: Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.