Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026

podiumontour March 30, 2026 2 minutes read
Umar

UMAR tekad menebus kekecewaan terlepas menaiki podium pada Sukan SEA Thailand 2025. - OLAHRAGA MALAYSIA

TERBUKA Singapura dari 14 hingga 17 April ini bakal menjadi kejohanan pembuka tirai buat pemegang rekod 400 meter (m) kebangsaan, Umar Osman.

Walaupun tak letak sasaran tinggi, tetapi Umar, 23, tetap mahu beriaksi terbaik untuk menaiki podium pada kejohanan pemanas badan di Singapura itu.

Bagi Umar, permulaan yang positif penting untuk dia mencapai lima sasaran ditetapkan sepanjang kalendar 2026.

“Saya nak menang di Sukipt (Sukan Institut Pendidikan Tinggi), pertahan pingat emas di AUG (Sukan Universiti ASEAN) dan Terbuka Malaysia.

“Saya nak cuba layak ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Jadi Terbuka Singapura ini jadi kejohanan pemanas badan untuk saya.

“Sukan Komanwel susah juga kalau nak layak tapi Sukan Asia kena ada dalam ranking 6 terbaik Asia,” katanya kepada Podium On Tour.

Umar dengan rekod 400m Malaysia menerusi catatan 46.09 saat (s) antara 25 atlet negara akan mengambil bahagian di Terbuka Singapura 2026.

Pemenang pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 itu juga akan beraksi dalam 4x400m di Singapura bersama Wan Fazri Wan Zahari, Aiman Najmi Anuar, Sayyid Amin Roslan dan Kanishkann Nathan. – PODIUM ON TOUR

Umar Osman

🅿️🅱️
400m – 46.09s (NR)
800m – 1:50.19s
4x400m- 3:08.82s
4x400m (mixed) – 3:31.72s

Sasaran 2️⃣0️⃣2️⃣6️⃣

🥇Terbuka Malaysia (19-21 Jun)
🥇Sukipt (28 Ogos-6 September)
🥇AUG (10-20 Disember)
❓Sukan Komanwel (23 Julai-2 Ogos)
❓Sukan Asia (19 September-4 Oktober)

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
Next: Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.