Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA

podiumontour March 30, 2026 1 minute read
Hakim Danish

HAKIM DANISH menunjukkan kebangkitan hebat apabila berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 biarpun bermula dari petak ke-25 GP Amerika Syarikat. - ZK RACING

PELUMBA muda berbakat negara, Hakim Danish Ramli terus menampilkan magisdengan meraih 3 mata pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat.

Apa yang lebih menarik, Hakim Danish berjaya tamatkan perlumbaan di Circuit of the Americas (COTA), Austin itu di tempat ke-13 selepas bermula dari petak terakhir kerana kemalangan semasa sesi kelayakan.

Pelumba berusia 18 tahun itu kini meraih 3 mata dan mengumpul 9 mata di kedudukan ke-14 keseluruhan daripada dua perlumbaan musim ini selepas terdahulu meraih No.10 GP Brazil.

Malang buat seorang lagi pelumba Asia Tenggara dari Indonesia, Veda Ega Pratama apabila gagal menamatkan GP Amerika Syarikat apabila mengalami kemalangan seawal pusingan 5.

Veda sebelum itu mencipta sejarah, muncul pelumba pertama Indonesia menaiki podium dalam mana-mana perlumbaan GP selepas meraih tempat ketiga GP Brazil. – PODIUM ON TOUR

Podium GP Amerika Syarikat

🥇Guido Pini (Itali)
🥈Maximo Quiles (Sepanyol)
🥉Alvaro Carpe (Sepanyol)

KREDIT FOTO – ZK RACING

Post navigation

Previous: Jonathan Nyepa kongsi ‘rahsia’ elak kecederaan
Next: 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026

Related Stories

boling padang
  • Sukan Lain

Piala The Royal Patron 2026 himpun pemain-pemain bertaraf dunia

podiumontour September 29, 2026
Mikayla
  • Sukan Lain

Mikayla pelumba tunggal wanita Malaysia ke China

podiumontour August 7, 2026
SUKMA Harris
  • Sukan Lain

SUKMA pentas permulaan Harris gapai impian

podiumontour August 3, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.