AZEEM (kanan) dan Umar menghangatkan arena olahraga tanah air dengan cabaran berentap sesama sendiri dalam acara 400m pada Terbuka Malaysia 2026.
PARA peminat olahraga berpeluang menyaksikan pertembungan sensasi dua pemegang rekod kebangsaan, Azeem Fahmi dan Umar Osman pada Terbuka Malaysia 2026 dari 19 hingga 21 Jun.
Azeem memegang rekod 100m Malaysia dengan catatan 10.09 saat (s), manakala Umar pemegang rekod Malaysia acara 400m menerusi masa 46.09s.
Azeem, 22, secara berseloroh mengajak Umar berlumba acara 400m sebelum Umar menyambut baik, menjadikan Terbuka Malaysia sebagai ‘pentas penentuan’.
Sama ada ia hanya gurauan dua sahabat ataupun benar-benar terjadi, pertembungan dua jaguh itu dalam 400m ataupun 200m di Terbuka Malaysia pastinya sesuatu yang menarik untuk disaksikan.
Azeem yang akan menamatkan pengajian di Universiti Auburn pada Jun nanti, tidak pernah berlari 400m dalam kejohanan kompetitif World Athletics, begitu juga Umar untuk 200m.
PB 200m Umar – 21.20s
Pada 2024, dunia olahraga melihat pertarungan 100m antara pemegang rekod lompat bergalah dunia, Armand Duplantis menentang pemegang rekod 400m berpagar dunia, Karsten Warholm.
Duplantis muncul pemenang dengan rekod peribadi 100m, 10.37s, menewaskan Warholm yang mencipta masa 10.47s pada acara pertunjukan sempena Zurich Diamond League Weltklaase. – PODIUM ON TOUR
KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA