Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Deaflympics: Masa depan olahraga cerah

podiumontour November 26, 2025 2 minutes read
Azlan Kuste

AZLAN berjaya memadam dua rekod kebangsaan dalam tempoh dua hari pada saingan Deaflympics Tokyo 2025. FOTO: MSDEAF

BIARPUN tanpa sebarang kilauan pingat di temasya Deaflympics Tokyo 2025 tetapi dua rekod kebangsaan baharu telah membuktikan potensi besar atlet olahraga pekak negara untuk bersinar pada edisi seterusnya.

Bintang jarak jauh negara, Azlan Kuste antara atlet paling menyinar apabila dua kali memadam rekod kebangsaan 800 meter (m) dalam tempoh dua hari pada saingan berlangsung di Stadium Metropolitan Komazawa.

Azlan yang berketinggian 158 sentimeter, melakukan catatan satu minit 59.40 saat (s), memperbaharui rekod lama 2:03.97s dilakukannya semasa Sukan SEA Pekak 2025 di Jakarta, Indonesia pada Ogos lalu.

Di separuh akhir, dia sekali lagi mencetak masa terbaik dengan catatan 1:58.75s biarpun tidak Berjaya melayakkan diri ke pentas final acara itu.

Satu lagi rekod kebangsaan menerusi kejayaan kuartet 4x100m diketuai Muhammad Zumar Azman, Muhammad Shahrul Azmer, Hazrul Shah Hamri dan Muhammad Zamir Azman pada final acara berkenaan.

Rekod baharu 44.32s itu dicipta pada peringkat saringan untuk memadam rekod lama 44.36s yang dilakukan pada Sukan Sea Pekak 2025.

Jurulatih olahraga negara, Sanusi Zainal Abidin melahirkan rasa puas hati terhadap persembahan keseluruhan atletnya.

“Secara keseluruhan, Tokyo adalah kejohanan yang membuahkan hasil apabila enam daripada tujuh atlet berjaya mara ke final masing-masing dan beberapa mereka berjaya mencipta rekod kebangsaan baharu.

“Prospek masa depan sangat positif kerana majoriti atlet saya masih muda dan mampu beraksi sekurang-kurangnya dua edisi Deaflympics lagi,” jelasnya. – PODIUM ON TOUR

SUMBER GAMBAR – MSDEAF

Post navigation

Previous: Deaflympics: Jaguh kumite raih perak
Next: Deaflympics: Penamat yang tetap membanggakan

Related Stories

Izzatul Musfirah
  • Olahraga

Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025

podiumontour April 1, 2026
Azeem Umar
  • Olahraga

Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?

podiumontour March 31, 2026
Diva Renatta
  • Olahraga

Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa

podiumontour March 31, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.