Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Fatin panah pingat pertama, mara final compound wanita

podiumontour March 25, 2026 2 minutes read
Fatin Nurfatehah

FATIN (kiri) membuka kempen 2026 dengan pingat gangsa compound berpasukan wanita pada Piala Asia di Bangkok hari ini (25 Mac).

PEMANAH berpengalaman, Fatin Nurfatehah Mat Saleh percaya ini adalah permulaan baharu buat compound berpasukan Wanita selepas berjaya meraih pingat gangsa Piala Asia 2026 di Bangkok, Thailand hari ini (25 Mac).

Fatin bersama Aina Syazwana Abdul Muhaimin dan Ng Sui Kim menewaskan trio Thailand, Kanoknapus Kaewchomphu, Kanyavee Maneesombatkul serta Chaniddapa Thanaratpitinan dalam penentuan pingat gangsa.

Menariknya, skuad compound berpasukan Wanita bertarung penuh sengit dan terikat 225 sebelum menang shoot off yang dibezakan 0.3 milimiter sahaja.

“Alhamdulillah saya berpuas hati dengan pingat gangsa. Ini pun kejohanan pertama untuk tahun ini dengan pasukan baharu, jadi banyak positif yang kami dapat.

“Walau kalah tipis dengan Kazakhstan di separuh akhir tetapi kami masih diberi peluang untuk bermain penentuan pingat gangsa.

“Saya cuba bangkitkan semangat rakan sepasukan untuk terus focus sehingga ke panahan terakhir,” katanya kepada Podium On Tour.

Kini, Fatin, 35, berpeluang untuk membawa pulang dua lagi pingat dari Bangkok apabila dalam acara berpasukan campuran bersama Mohd. Juwaidi Mazuki serta individu wanita yang menyaksikannya mara ke final pada Jumaat ini.

Namun, tugas getir di pentas final individu Wanita apabila Faten bakal berdepan Cherkezova Arina yang menunjukkan kelas tersendiri sepanjang kejohanan kali ini.

Pusingan:
1/24 – Fatin VS Kamram Kanokpit (Thailand) 143-127
1/16 – Fatin VS Ng Sui Kim (Malaysia) 144-140
1/8 – Fatin VS Ong Madeleine Xue Li (Singapura) 144-138
1/4 – Fatin VS Dimidiuk Mariia (Neutral) 144-143
1/2 – Fatin VS Cherkezova Arina (Neutral) ??

Post navigation

Previous: Peluang muka lama rebut sertai Speedy Tigers
Next: Misi SRAFTKL terus cari ‘The Next Nicol David’

Related Stories

Hakim Danish
  • Sukan Lain

Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA

podiumontour March 30, 2026
Fatin
  • Sukan Lain

3 pingat, 2 rekod Malaysia, Syawal terindah Fatin

podiumontour March 26, 2026
SRAFTKL
  • Sukan Lain

Misi SRAFTKL terus cari ‘The Next Nicol David’

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.