Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Hakim Danish study Litar Ayrton Senna melalui Youtube

podiumontour March 13, 2026 1 minute read
Hakim Danish

HAKIM Danish menamatkan pusingan pertama Moto3 GP Thailand di Litar Buriram sebelum ini di kedudukan ke-18. - ZK RACING

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli mengambil inisiatif sendiri dengan mengkaji Litar Antarabangsa Ayrton Senna di Youtube menjelang Grand Prix (GP) Brazil dari 20 hingga 22 Mac ini.

Memandangkan ia adalah litar baharu buat semua pelumba, namun Hakim Danish, bintang Moto3 negara itu enggan menjadikan ia sebagai alasan utama tidak memberi aksi terbaik.

Litar yang terletak di Goiania, Brazil ini dibina pada 1974 dan pernah menjadi hos MotoGP dari 1987 hingga 1989.

Kini kembali berada dalam kalendar 2026, selepas 22 tahun lalu Brazil menganjurkan perlumbaan terakhir MotoGP di Rio de Janeiro pada 2004.

Kebanyakan pelumba mengatakan litar ini agak teknikal kerana faktor:

➡️ Banyak kombinasi selekoh kiri kanan
➡️ Zon brek yang kuat
➡️ Perubahan kelajuan mendadak
➡️ Flow litar yang tidak mudah

Situasi ini sebenarnya memberikan peluang sama rata kepada semua pelumba termasuk Hakim Danish yang mewakili AEON Credits-MT Helmets-MSi.

Tidak mustahil Hakim Danish mampu mengutip mata pertamanya dalam musim sulung perlumbaan penuh Moto3 kali ini.

Pada perlumbaan pusingan pertama sebelum ini, Hakim Danish meraih tempat ke-18 pada GP Thailand di Litar Buriram (1 Mac). – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – ZK RACING

Post navigation

Previous: TM perkukuh komitmen terhadap sukan negara
Next: Ling Ching mampu galas No.1 wanita negara?

Related Stories

Hakim Danish
  • Sukan Lain

Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA

podiumontour March 30, 2026
Fatin
  • Sukan Lain

3 pingat, 2 rekod Malaysia, Syawal terindah Fatin

podiumontour March 26, 2026
SRAFTKL
  • Sukan Lain

Misi SRAFTKL terus cari ‘The Next Nicol David’

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.