Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Jonathan Nyepa kongsi ‘rahsia’ elak kecederaan

podiumontour March 28, 2026 2 minutes read
Jonathan

JONATHAN kekal antara sandaran negara untuk kuartet 4x100m pada tahun ini. - OLAHRAGA MALAYSIA

TIDAK mengalami kecederaan serius sejak sembilan tahun menjadi antara rahsia pelari pecut berpengalaman negara, Jonathan Nyepa berjaya mengekalkan prestasi konsisten.

Sejak mewakili Malaysia pada 2014, Jonathan, 30, jarang mengalami kecederaan serius yang secara tidak langsung boleh menjejaskan perkembangannya dengan kali terakhir dialami penghujung musim 2017.

Rekod peribadinya (PB) bagi 100 meter (m), 10.28 saat (s) di Piala Jeongseon, Korea Selatan pada Jun 2017 dan 20.92s (200m) di Torrin Lawrence Memorial, Georgia, Amerika Syarikat pada April 2019.

Biarpun masih berusaha memperbaiki PB, namun Jonathan sentiasa berupaya layak ke final acara individu Sukan SEA, baik 100m dan 200m, malah konsisten meraih pingat bersama kuartet 4x100m negara.

“Kali terakhir cedera teruk hujung tahun 2017, itu pun sebab pergi kejohanan selepas baru baik dari demam, badan masih belum bersedia untuk kejohanan.

“Tips saya adalah lebih kepada konsisten dengan latihan. Kalau boleh, elakkan cederan atau kurangkan kecederaan bila ada kejohanan yang disasarkan. Jaga recovery, jaga teknik.

“Untuk mudah faham senang saja. Konsisten latihan beserta dengan workload yang progresif dalam latihan akan banyak membantu untuk elakkan cedera,” katanya kepada Podium On Tour.

Sebagai atlet, antara yang mungkin disertainya untuk tahun ini adalah Kejohanan Lari Berganti-Ganti Asia (Jun), Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland (Julai) dan Sukan Asia di Aichi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober. – PODIUM ON TOUR

PB
100m – 10.28s
200m – 20.92s
4x100m – 39.03s (NR)

Karier di Sukan SEA

100m
No.5 KL 2017
No.4 Manila 2019
No.6 Bangkok 2025

200m
No.7 Manila 2019
No.6 Hanoi 2021
No.4 Kemboja 2023

4x100m
No.4 KL 2017
No.2 Hanoi 2021
No.3 Kemboja 2023
No.2 Bangkok 2025

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Inisiatif Kelab Hoki Kuns-SSBJ cegah gejala buli
Next: Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA

Related Stories

Izzatul Musfirah
  • Olahraga

Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025

podiumontour April 1, 2026
Azeem Umar
  • Olahraga

Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?

podiumontour March 31, 2026
Diva Renatta
  • Olahraga

Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa

podiumontour March 31, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.