KAPTEN skuad negara, Marhan Jalil (kiri) beraksi menentang Jepun pada penentuan tempat ketiga dan keempat Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Ismailia, Mesir baru-baru ini. - FIH
SKUAD hoki lelaki negara berpeluang menguji kekuatan awal mereka sebelum aksi Piala Dunia Hoki 2026 di Belgium-Belanda membuka tirai pada Ogos nanti.
Ini selepas Speedy Tigers mengetahui lawan-lawan bakal dihadapi mereka pada saingan Piala Negara-Negara FIH (Nations Cup 2026) di Cape Town, Afrika Selatan bermula 11 hingga 20 Jun depan.
Menariknya, Nations Cup itu boleh diibaratkan sebagai ‘mini Piala Dunia’ buat Speedy Tigers dalam usaha memperbaiki kedudukan ranking dunia sebelum ke Piala Dunia nanti.
Speedy Tigers di ranking ke-15 dunia, bakal berdepan:
Afrika Selatan
New Zealand
Perancis
Korea Selatan
Jepun
Wales
Scotland
Ireland
Ini adalah peluang terbaik buat Speedy Tigers untuk mendapat banyak perlawanan berkualiti kerana Nations Cup dan Piala Dunia adalah antara persediaan sebelum Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun pada September.
Pemenang Nations Cup ini akan meraih slot untuk beraksi di pentas Liga Pro FIH musim depan. – PODIUM ON TOUR
KREDIT FOTO – FIH