Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Petanda positif, karakter pemain hoki dipuji

podiumontour November 26, 2025 2 minutes read
hoki

FITRI Saari (kanan) antara pemain Malaysia berjaya menghasilkan jaringan ketika tumpas 3-4 kepada India hari ini.

IMPIAN menamatkan penantian lapan tahun mencatat kemenangan pertama ke atas India dalam tempoh 60 minit permainan sebenar tidak menjadi kenyataan tetapi barisan pemain hoki wajar diberikan pujian.

Ia susulan kekalahan tipis 3-4 skuad hoki negara kepada juara Asia di ranking ketujuh dunia itu pada aksi Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) dalam pertarungan penuh sengit hari ini (26 November).

Tiga kali bangkit menyamakan kedudukan ke atas lawan yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu menjadi petanda positif buat Speedy Tigers mengharungi baki dua perlawanan seterusnya.

Perkara itu diakui ketua jurulatih Malaysia, Sarjit Singh yang memuji karatek pemain dalam situasi mengejar permainan selepas ketinggalan kepada India.

“Perlawanan sengit dan saya bangga dengan karakter pemain. Cuma kesilapan pada (penalti) stroke merugikan kami dan itu perlu diperbaiki segera.

“PC (pukulan sudut penalti) kami lebih baik dan berjaya hasilkan gol, ia satu perkembangan positif. Namun, menukarkan peluang gol kepada jaringan masih boleh ditingkatkan,” katanya.

Malaysia gagal mencatat kemenangan ke atas India dalam 14 pertemuan terakhir termasuk aksi hari ini sejak kali terakhir menumbangkan lawan itu dengan keputusan 2-3 pada saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2017.

Sepanjang pertemuan itu, Malaysia hanya seri tiga kali termasuk menang 7-6 menerusi penentuan penalti shoot-out pada aksi separuh akhir Sukan Asia Jakarta 2018 yang menyaksikan skuad negara meraih pingat perak. – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Deaflympics: Atlet muda serlah harapan baharu
Next: Peluang Speedy Tigers benam Belgium selepas 24 tahun

Related Stories

kuns
  • Hoki

Inisiatif Kelab Hoki Kuns-SSBJ cegah gejala buli

podiumontour March 28, 2026
Shahril
  • Hoki

Shahril hanya mahu nikmati hoki kali terakhir

podiumontour March 27, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Peluang muka lama rebut sertai Speedy Tigers

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.