Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Rezeki Azeem dikelilingi rakan pelari kelas dunia

podiumontour March 14, 2026 2 minutes read
Azeem

AZEEM (barisan belakang, tengah) bersama kuartet 4x100m Auburn dan barisan kejurulatihan selepas menjuarai NCAA Outdoor musim lalu. - AUBURN

JAGUH pecut negara, Azeem Fahmi pasti bangga melihat rakan sepasukannya mencipta sensasi pada NCAA Div 1 Indoor 2026.

Azeem tak beraksi kerana tidak menempatkan diri dalam kalangan 16 pelari terbaik di seluruh AS bagi acara 60m dan 200m indoor.

Azeem masih dapat banyak manfaat berguna disebabkan latihan bersama rakan sepasukannya di Universiti Auburn, rata-ratanya berkelas dunia.

Namun, Azeem juga ada kualitinya apabila diberi kepercayaan sebagai pelari pertama 4x100m Auburn menang 2x berturut-turut NCAA Outdoor Div 1 pada 2024 & 2025.

➡️ Terbaharu, Ja’Kobe Tharp merakam catatan terpantas dunia (World Lead) tahun 2026 acara 60m berpagar indoor, 7.36s yang mana ia adalah rekod kedua terpantas dalam sejarah NCAA.

Kurang 0.1s dengan rekod NCAA, 7.35s milik Grant Holloway yang turut memegang rekod dunia 60m berpagar (7.27s).

➡️ Dua rakan gandingannga 4x100m Auburn, Kayinsola Ajayi (6.51s) dan Israel Okon (6.45s) ke final 60m. kedua-duanya pada landasan tepat bergelar juara NCAA Indoor. – PODIUM ON TOUR

Rakan sepelatih Azeem di Auburn
Ahli 4x100m Auburn

Kanyinsola Ajayi (Nigeria)
🅿️🅱️ 100m – 9.88s | 200m – 20.93s

– 🥈60m NCAA Indoor 2025
– Finalis 100m Kejohanan Dunia 2025
– Semi final 100m Olimpik Paris 2024

Israel Okon (Nigeria)
🅿️🅱️ 100m – 10.12s | 200m – 20.80s

– 🥉60m NCAA Indoor 2025
– Semi final 100m Kejohanan Dunia 2025
– Semi final 100m Kejohanan Dunia U20 2024

Makanakaishe Charamba (Zimbabwe)
🅿️🅱️ 100m – 10.15s | 200m – 19.92s

– 🥉 Diamond League Monaco 2025
– 🥈 200m NCAA Indoor 2025
– 🥈 200m NCAA Outdoor 2025
– Semi final Kejohanan Dunia 2025
– Final 200m Olimpik Paris 2024

Dario Matau (Afrika Selatan)
🅿️🅱️ 100m – 10.19s | 200m – 20.31s

Omari Lewis (Trinidad & Tobago)
🅿️🅱️ 100m – 10.07s | 200m – 20.53s

KREDIT FOTO – AUBURN

Post navigation

Previous: Geram, sakit hati 5 minit terakhir ragut kemenangan
Next: Nations Cup seperti ‘mini Piala Dunia’

Related Stories

Izzatul Musfirah
  • Olahraga

Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025

podiumontour April 1, 2026
Azeem Umar
  • Olahraga

Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?

podiumontour March 31, 2026
Diva Renatta
  • Olahraga

Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa

podiumontour March 31, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.