Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Bukti penyudah Faizal masih berbisa

podiumontour November 25, 2025 2 minutes read
Faizal Saari 1

FAIZAL (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Kanada.

KETAJAMAN Faizal Saari membuktikan dirinya masih relevan sebagai penggempur utama skuad hoki negara selepas keluar daripada persaraan awal bulan ini.

Kepulangan Faizal menuai hasil lumayan buat Speedy Tigers apabila penyerang dengan 304 penampilan antarabangsa itu berjaya membuka akaun jaringannya dalam kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025 di Ipoh, Perak ketika ini.

Faizal juga membuktikan statusnya sebagai pakar flik masih belum ‘berkarat’ apabila meledak gol keempat Malaysia ketika menewaskan Kanada 3-2 dalam aksi kedua di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah semalam (24 November).

Bukan itu sahaja, mesin gol berusia 34 tahun tersebut turut mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Kanada, No. 20 dunia, sepanjang perlawanan sehingga mendapat pujian barisan kejurulatihan serta peminat-peminat tegar hoki negara.

FAIZAL (kiri) turut memainkan peranan sebagai ‘pertahanan’ pertama skuad negara.

Begitupun, ketua jurulatih, Sarjit Singh mengingatkan para pemain agar tidak terlalu dibuai dengan kemenangan pertama dalam kempen kali ini kerana lawan lebih sukar iaitu India menanti di aksi ketiga petang ini.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan usaha dan disiplin pemain untuk mendapatkan kemenangan pertama. Penjaga gol dan pertahanan PC (pukulan sudut penalti) bermain dengan cukup baik untuk menghalang Kanada dapatkan gol.

“Kami perlu lebih banyak penguasaan bola, cipta peluang dan habiskannya. Kami perlu kuasai perkara ini jika mahukan keputusan yang bagus menentang India.

“Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar dan harap pemain beraksi cemerlang. Kami mempunyai kemampuan untuk menang, jadi pemain perlu bangkit memastikannya tercapai,” katanya.

AZRAI (tengah) berjaya mencetak satu gol dan turut dinobatkan pemain terbaik perlawanan menentang Kanada.

Akhimullah Anuar Esook membuka tirai jaringan buat Malaysia seawal minit kelima tetapi Kanada bangkit mendahului 2-1 melalui Sean Davis dan Matthew Sarmento pada minit ke-13 serta 17.

Speedy Tigers tidak menunggu lama apabila Kembali mendahului 3-2 hasil dua gol pantas dalam tempoh lima minit menerusi Azrai Aizad Abu Kamal dan Faizal masing-masing pada minit ke-20 serta 25.

Sebagai rekod, Faizal pernah mengemukakan hasrat untuk bersara pada Februari 2024 sebelum secara rasminya menggantung kayu hoki selepas membantu Pasukan Hoki Terengganu (THT) merangkul gelaran trebel Liga Hoki Malaysia 2025.

Bagaimanapun, dia secara terbuka memuat naik hantaran di Facebook peribadinya, memohon untuk kembali menyertai Speedy Tigers kerana masih boleh memberikan komitmen terbaik buat skuad negara yang menghuni ranking ke-12 dunia. – PODIUM ON TOUR

SUMBER GAMBAR – MHC

Post navigation

Previous: Kesilapan sendiri punca Speedy Tigers seri
Next: Deaflympics: Dari tiada sasaran ke emas pertama

Related Stories

kuns
  • Hoki

Inisiatif Kelab Hoki Kuns-SSBJ cegah gejala buli

podiumontour March 28, 2026
Shahril
  • Hoki

Shahril hanya mahu nikmati hoki kali terakhir

podiumontour March 27, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Peluang muka lama rebut sertai Speedy Tigers

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.