Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Kesilapan sendiri punca Speedy Tigers seri

podiumontour November 25, 2025 2 minutes read
Hafizuddin Othman

HAFIZUDDIN turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan Ketika diikat New Zealand dalam aksi pertama PSAS 2025.

PENJAGA gol skuad hoki negara, Muhammad Hafizuddin Othman mengakui kesilapannya menyebabkan New Zealand bangkit mencatat seri 2-2 sewaktu aksi pembukaan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025 pada Ahad (23 November).

Kesilapan penjaga gol berpengalaman dengan 126 kap antarabangsa itu membolehkan Dylan Thomas meledak gol penyamaan 2-2 menerusi pukulan sudut penalty (PC) ketika saingan berbaki dua minit lagi untuk tamat.

“Perlawanan sangat sengit kerana mereka juga banyak melakukan serangan ke arah pintu gol kita. Saya memang nak bermain cemerlang hari ini kerana mahu menebus maruah tewas 3-4 kepada mereka pada Piala Negara-Negara FIH.

“Memang silap saya untuk gol kedua (New Zealand) kerana tidak sepatutnya melepaskan gol tersebut. Selepas ini kita perlu memperbaiki kelemahan untuk aksi seterusnya,” katanya.

SHELLO membuka tirai jaringan buat skuad negara menerusi gol padang sewaktu seri 2-2 dengan New Zealand.

Pada aksi pertama di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak itu, Speedy Tigers membuka tirai jaringan menerusi gol padang Shello Silverius pada minit ke-10.

Bersambung suku kedua, Syed Syafiq Syed Cholan membuktikan ketajamannya melalui aspek PC apabila menggandakan kedudukan pada minit ke-22 sebelum New Zealand merapatkan jurang hasil penalty stroke Sam Lane empat minit kemudian.

Hasrat skuad bimbingan Sarjit Singh itu untuk mengutip tiga mata dalam aksi pembukaan tidak kesampaian apabila The Black Sticks menyamakan kedudukan pada minit ke-58. – PODIUM ON TOUR

SUMBER GAMBAR – MHC

Post navigation

Previous: ‘Dilema’ ratu kumite di Kejohanan Dunia
Next: Bukti penyudah Faizal masih berbisa

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.