Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Deaflympics: Atlet muda serlah harapan baharu

podiumontour November 26, 2025 2 minutes read
Deaflympics

KONTINJEN negara menamatkan temasya Deaflympics Tokyo 2025 dengan kutipan satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa. - FOTO: MSDEAF

TEMASYA Deaflympics Tokyo 2025 melabuhkan tirainya hari ini dalam satu majlis penuh warna-warni di Gimnasium Metropolitan menandakan penutupan sempurna selepas 12 hari aksi berkelas dunia dengan pelbagai detik dan kisah kemenangan luar biasa.

Bagi Malaysia, kempen Deaflympics Tokyo menyerlahkan gabungan rasa bangga dan kecewa apabila menamatkan cabaran dengan satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Pencapaian itu gagal memenuhi sasaran awal tiga emas, namun perjalanan di Tokyo menyerlahkan sesuatu lebih bermakna dengan kemunculan generasi baharu atlet pekak negara semakin menyinar dan menjanjikan sesuatu yang positif.

Ketua Kontinjen, Mohd Yusri Abdul Ghani memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak mencapai sasaran walaupun berbangga terhadap semangat juang dan ketabahan ditonjolkan atlet negara.

“Beberapa faktor seperti teknikal, psikologi serta keadaan cuaca dan kekangan fizikal memberi kesan kepada prestasi dalam acara yang kami yakin, termasuk boling berpasukan lelaki.

“Namun, banyak juga boleh dibanggakan. Kita kini mempunyai atlet muda yang berjaya ke final, mencatat rekod peribadi dan menunjukkan kematangan melebihi usia.

“Mereka akan kembali menggalas cabaran negara dengan lebih kuat dalam tempoh empat tahun akan datang,” katanya.

Pingat emas Malaysia hadir menerusi boling beregu lelaki, manakala skuad boling beregu wanita serta karate kumite individu lelaki bawah 84 kilogram menyumbang dua pingat perak.

Pasangan badminton beregu campuran pula menghadiahkan gangsa yang cukup bermakna kepada kontinjen.

Walaupun beberapa peluang pingat tersasar dalam boling dan badminton yang sentiasa menjadi dua acara tradisi kuat negara tetapi hakikatnya kempen di Tokyo bukanlah satu kegagalan.

Sebaliknya, pengalaman itu menjadi batu loncatan penting buat atlet muda menunjukkan kematangan apabila ramai berjaya memecahkan rekod peribadi dan mara ke final membuktikan mereka kini bersedia memberi saingan lebih sengit.

Acara olahraga turut memberikan sinar cerah untuk masa depan apabila dua muka baharu, Zaiman Megat Abu dan Azlan Kuste berjaya mara ke pusingan akhir.

Bagi acara badminton, barisan pemain muda rata-ratanya berusia sekitar 21 tahun mempamerkan potensi besar yang membuka harapan baharu menjelang edisi empat tahun akan datang.

Deaflympics Tokyo 2025 menandakan ulang tahun ke-100 penganjuran sejak edisi pertama di Paris pada 1924 dengan kali ini menghimpunkan lebih 3,000 atlet pekak dari lebih 80 negara merebut pingat dalam 21 acara sukan.

Sebagai rekod, Malaysia berharap menyamai pencapaian dua pingat emas pada edisi Deaflympics Brazil 2022. – PODIUM ON TOUR

FOTO – MSDEAF

Post navigation

Previous: Tiga kali bangkit belum cukup jinakkan India
Next: Petanda positif, karakter pemain hoki dipuji

Related Stories

Hakim Danish
  • Sukan Lain

Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA

podiumontour March 30, 2026
Fatin
  • Sukan Lain

3 pingat, 2 rekod Malaysia, Syawal terindah Fatin

podiumontour March 26, 2026
SRAFTKL
  • Sukan Lain

Misi SRAFTKL terus cari ‘The Next Nicol David’

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.