Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Badminton

Deaflympics: Gangsa ubat duka beregu campuran

podiumontour November 25, 2025 1 minute read
Edmund Wei Ying

EDMUND (kiri) dan Wei Ying mengibarkan Jalur Gemilang selepas memenangi pingat gangsa beregu campuran Deaflympics Tokyo 2025. FOTO: MSDEAF

PASANGAN beregu campuran, Edmund Teo-Boon Wei Ying memastikan kem badminton tidak pulang dengan tangan kosong pada temasya Deaflympics Tokyo 2025 apabila bangkit memastikan gangsa milik mereka.

Gandingan itu menewaskan pasangan India, Abhinav Sharma-Jerlin Jayaratchagan 21-13, 23-21 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat dalam tempoh 34 minit untuk mengesahkan pingat gangsa Deaflympics.

Harapan menjejakkan kaki ke final sebelum ini tersekat apabila tewas kepada gandingan Korea Selatan, Shin Kyungduk-Park Min Keong di separuh akhir selepas tunduk 21-14, 16-21, 13-21 dalam pertarungan sengit 65 minit. – PODIUM ON TOUR

SUMBER GAMBAR – MSDEAF

Post navigation

Previous: Deaflympics: Dari tiada sasaran ke emas pertama
Next: Deaflympics: Misha-Huwainaa sambar perak

Related Stories

Piala Badminton Universiti ASICS
  • Badminton

Ramkhamhaeng juara Piala Badminton Universiti ASICS 2026

podiumontour June 28, 2026
Eu Cong Badminton Universiti ASICS
  • Badminton

Eu Cong, Kasturi juara Badminton Universiti ASICS 2026

podiumontour June 26, 2026
BAC 2026
  • Badminton

Malaysia tiada pingat BAC kali pertama sejak 2019

podiumontour April 11, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.