Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Deaflympics: Dari tiada sasaran ke emas pertama

podiumontour November 25, 2025 1 minute read
Syabil Choon Seong

SYABIL (kanan) dan Choon Seong menunjukkan pingat emas dimenangi mereka pada Deaflympics Tokyo 2025. - MSDEAF

SKUAD tenpin boling negara membuktikan reputasi mereka apabila duo lelaki, Syabil Azam Syamsul Azam dan Ho Choon Seong menghadiahkan emas pertama Malaysia pada temasya Deaflympics Tokyo 2025 pada 21 November.

Berlangsung di Komazawa Olympic Park General, Syabil-Choon Seong mengejutkan pasangan pilihan dari Ukraine, Danyliuk Vadym dan Lalovega Vladyslav dengan kemenangan 2-1 hasil jatuhan pin 243, 181 dan 226.

Menariknya, kejayaan mereka tiada dalam jangkaan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) yang asalnya tiada dalam sasaran emas kepada pencapaian gemilang.

“Saya sangat bangga, mereka bermain dengan begitu baik dan tenang. Jujurnya, acara beregu lelaki ini bukanlah dalam senarai sasaran emas.

“Kami lebih kuat acara berpasukan, beregu dan berpasukan empat lelaki,” jelas ketua jurulatih, Tey Teck Kheng.

Pasangan Malaysia bermula dengan rentak kemenangan 243-211 sebelum Ukraine mengikat dengan catatan 208-181.

Namun, Syabil dan Choon Seong kembali menawan lorong saingan pada set penentuan untuk menang 226-171 sekali gus menghadiahkan emas pertama Malaysia pada edisi Tokyo kali ini. – PODIUM ON TOUR

SUMBER GAMBAR – MSDEAF

Post navigation

Previous: Bukti penyudah Faizal masih berbisa
Next: Deaflympics: Gangsa ubat duka beregu campuran

Related Stories

Hakim Danish
  • Sukan Lain

Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA

podiumontour March 30, 2026
Fatin
  • Sukan Lain

3 pingat, 2 rekod Malaysia, Syawal terindah Fatin

podiumontour March 26, 2026
SRAFTKL
  • Sukan Lain

Misi SRAFTKL terus cari ‘The Next Nicol David’

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.