MISHA dan Huwainaa Bersama jurulatih selepas majlis penyerahan pingat Deaflympics Tokyo 2025. FOTO: MSDEAF
GILIRAN gandingan Nor Misha Nathera Mackery dan Huwainaa Danduan Abdullah membanggakan kontinjen Malaysia apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara doubles wanita Deaflympics Tokyo 2025.
Jurulatih tenpin boling Deaflympics negara, Joe Tey menyifatkan pencapaian tersebut sebagai satu lonjakan besar.
“Nor Misha dan Huwainaa menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dan semakin matang sebagai pemain.
“Kejayaan di Tokyo ini pastinya menyuntik keyakinan serta mengukuhkan daya tahan mental mereka ketika berdepan tekanan,” katanya.
Gandingan Misha–Huwainaa tampil mantap di Arena Tokyo apabila persefahaman mereka membuahkan kejayaan yang mana ia melebihi sasaran awal pasukan.
Pada penentuan final, mereka tewas 0–2 kepada pasangan Korea Selatan, Lee Chanmi–Heo Seonsil, dengan keputusan 175–203 dan 180–208. – PODIUM ON TOUR
SUMBER GAMBAR – MSDEAF