Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Geram, sakit hati 5 minit terakhir ragut kemenangan

podiumontour March 14, 2026 2 minutes read
Fitri

FITRI (kanan) akur dengan keputusan sepanjang kempen kelayakan walaupun skuad negara berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda pada Ogos nanti.  -FIH

PERANCANG tengah skuad hoki negara, Mohd. Fitri Saari tidak sanggup lagi tempoh lima minit terakhir meragut kemenangan Malaysia dalam perlawanan antarabangsa.

Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Ismailia, Mesir yang berakhir baru-baru ini memperlihatkan kegagalan skuad hoki negara mempertahankan kelebihan jaringan pada lewat permainan dalam suku terakhir.

Situasi itu terjadi dari perlawanan kedua peringkat kumpulan sehinggalah aksi penentuan tempat ketiga dan keempat menentang Jepun.

“Sebelum tidur saya fikir apa masalah, punca dekat mana. Geram memang geram, sakit hati memang sakit hati, kita leading Jepun 3-1 tapi kena, itulah hoki.

“Sama juga Jepun, leading 3-1 tapi lima minit terakhir kena 4-5 dengan Pakistan di separuh akhir. Selagi wisel tak habis, kita kena lebih bijak buat keputusan.

“Sebagai pemain, kita dah buat yang terbaik tapi kena akur dengan keputusan. Kita kena baiki decision making terutama 5 minit terakhir. Sebab dah lama benda ini, harap lepas ini tak akan berulang,” katanya kepada Podium On Tour.

Speedy Tigers tak boleh ulangi perkara sama dan perlu segera Kembali ke tahap terbaik mereka menghadapi tiga kejohanan selepas ini bermula Nations Cup (Jun), Piala Dunia 2026 (Ogos) dan Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September. – PODIUM ON TOUR

Statistik bolos 5-10 minit terakhir

Aksi kumpulan

Malaysia VS Pakistan
m56 FG, tewas 3-5

Malaysia VS China
m51 FG, m54 PC, menang 5-4

Malaysia VS England
m54 PC, m59 FC, m60 PC, tewas 1-7

Penentuan 3&4

Malaysia VS Jepun
m52 PC, m55 FG, m57 FG, tewas 4-5

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Danish siap sedia ‘layan’ tahun padat 2026
Next: Rezeki Azeem dikelilingi rakan pelari kelas dunia

Related Stories

kuns
  • Hoki

Inisiatif Kelab Hoki Kuns-SSBJ cegah gejala buli

podiumontour March 28, 2026
Shahril
  • Hoki

Shahril hanya mahu nikmati hoki kali terakhir

podiumontour March 27, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Peluang muka lama rebut sertai Speedy Tigers

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.