Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Danish siap sedia ‘layan’ tahun padat 2026

podiumontour March 14, 2026 2 minutes read
Danish

DANISH mencipta sensasi apabila memenangi dua pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025 dalam acara 100m dan 200m. - OLAHRAGA MALAYSIA

TERSENARAI Program Podium Kebangsaan 2026 pastinya menyuntik semangat bintang muda olahraga negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee untuk mencapai sasarannya tahun ini.

Tahun 2026 boleh dikatakan musim yang agak padat buat Danish Iftikhar kerana banyak kejohanan besar yang secara tak langsung boleh membantu perkembangan.

Danish Iftikhar, 19, mungkin sertai lebih 10 aksi antarabangsa dan tempatan termasuk Kejohanan Dunia bawah 20 tahun (U20) 2026 di Oregon, AS dari 5 hingga 9 Ogos nanti.

Saingan antarabangsa lain mungkin disertai pelari pecut dari Johor itu adalah Kejohanan Lari Berganti-Ganti Asia di China; Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dan Sukan Universiti ASEAN.

Keseluruhan, jumlah yang mungkin disertai dua pemenang pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025 ini atasi lapan kejohanan disertai tahun lalu.

Ia mampu bantu penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu perbaiki rekod 200m kebangsaan, 20.73 saat (s) diciptanya tahun lepas.  – PODIUM ON TOUR

Danish Iftikhar Roslee
19 tahun

🅿️🅱️ 100m, 10.18s
🅿️🅱️ 200m, 20.73s (NR) (NRU20)

Potensi kejohanan

➡️ Varsity Track & Field
➡️ Kejohanan Asia U20** (28-31 Mei)
➡️ Asian Relay Championship** (19-21 Jun)
➡️ Kejohanan Asia U23** (9-12 Julai)
➡️ Sukan Komanwel Glasgow** (23-28 Julai)
➡️ Kejohanan Dunia U20 (6-9 Ogos)
➡️ Sukma Selangor (15-24 Ogos)
➡️ SUKIPT (4-13 Sept)
➡️ Sukan Asia Aichi-Nagoya (19 Sept-4 Okt)
➡️ Sukan Universiti ASEAN (10-20 Dis)
** Tak pasti sertai atau tidak

2️⃣0️⃣1️⃣6️⃣ Khairul Hafiz Jantan pecah rekod 100m Malaysia, 10.18s di Sukma Sarawak, seminggu selepas Kejohanan Dunia U20

2️⃣0️⃣2️⃣2️⃣ Muhammad Azeem Fahmi pecah rekod Malaysia, 10.09s di Kejohanan Dunia U20, sebulan lebih sebelum Sukma KL

2️⃣0️⃣2️⃣6️⃣ Sukma Selangor kurang seminggu selepas Kejohanan U20, maybe new record?

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Ling Ching mampu galas No.1 wanita negara?
Next: Geram, sakit hati 5 minit terakhir ragut kemenangan

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.