HAKIM DANISH berjaya menamatkan perlumbaan Moto3 GP Thailand di kedudukan ke-18. - HAKIM DANISH
PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli masih perlu menunggu untuk meraih mata sulung dalam musim penuh pertamanya di pentas Moto3.
Ia selepas Hakim Danish, 18, menamatkan Grand Prix (GP) Thailand pada kedudukan ke-18 di Litar Buriram hari ini (1 Mac).
Top 3 Moto3 GP Thailand
1️⃣ David Almansa, Sepanyol (Liqui Moly Dynavolt Intact GP)
2️⃣ Maximo Quiles, Sepanyol (CFMOTO Gaviota Aspar Team)
3️⃣ Valentin Perrone, Argentina (Red Bull KTM Tech3)
Hakim Danish yang mewakli AEON Credits-MT Helmets-MSi perlu bangkit pada perlumbaan seterusnya di GP Brazil di Litar Antarabangsa Autodromo Ayrton Senna, Goias pada 22 Mac. – PODIUM ON TOUR
KREDIT FOTO – HAKIM DANISH