Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers pesta gol belasah Austria

podiumontour March 1, 2026 2 minutes read
SPEEDY TIGERS

NORSYAFIQ (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan dalam kemenangan ke atas Austria. - FIH

SKUAD hoki lelaki negara, Speedy Tigers membuka kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan menerusi kemenangan selesa 6-1 ke atas Austria pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Hoki Suez Canal, Ismailia hari ini (1 Mac).

Speedy Tigers kelihatan masih tercari-cari rentak sebenar dalam suku masa pertama setelah ketinggalan seawal minit ketiga kepada Austria menerusi penalti stroke Fulop Losonci.

Ia terbukti apabila skuad bimbingan Sarjit Singh berjaya meledak dua gol pantas dalam tempoh seminit untuk mendahului 2-1 hasil dua jaringan padang Azrai Aizad Abu Kamal dan Shello Silverius pada minit ke-24.

Norsyafiq Sumantri menjadikan kedudukan 3-1 menerusi jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-34 sebelum Azrai meledak gol kedua peribadi hasil gol padang berselang 10 minit kemudian.

speedy tigers
MARHAN (kanan) melengkapkan kemenangan skuad negara dengan jaringan keenam ke atas Austria. – FIH

Baki dua lagi jaringan Speedy Tigers diperoleh menerusi gol padang Akhimullah Anuar Esook dan kapten, Marhan Jalil menyudahkan situasi pukulan sudut penalty masing-masing pada minit ke-52 serta 57.

“Kami bermula perlahan dan ketinggalan 0-1 tetapi pemain beraksi dengan bagus. Mereka mencipta banyak peluang untuk jaringkan gol dalam aksi ini.

“Cumanya kami masih perlu perbaiki conversion pukulan sudut penalti dan bermula dengan bagus. Bila ada peluang, kami perlu jaringkan gol macam hari ini,” kata Sarjit.

Kini, skuad negara perlu memastikan mereka menang ke atas Pakistan dalam aksi kedua malam esok (2 Mac, 7pm Waktu Malaysia) untuk menjamin tempat awal ke separuh akhir kejohanan di bumi Mesir itu.

Hanya tiga terbaik kejohanan akan meraih slot ke Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Belgium-Belanda pada Ogos nanti. – PODIUM ON TOUR

Keputusan
Malaysia 6-1 Austria

3′ PS Fulop Losonci
24′ FG Azrai Aizad Abu Kamal
24′ FG Shello Silverius
34′ PC Norsyafiq Sumantri
44′ FG Azrai Aizad Abu Kamal
52′ FG Akhimullah Anuar Esook
57′ PC Marhan Jalil

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Hakim Danish No.18 di GP Thailand
Next: Qabil Irfan lulus debut kompetitif Moto4 Asia Cup

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.