Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Inisiatif Kelab Hoki Kuns-SSBJ cegah gejala buli

podiumontour March 28, 2026 2 minutes read
kuns

SEBAHAGIAN barisan pemain yang mengambil bahagian pada saingan Liga Ramadan SSBJ-KUNS baru-baru ini. - KELAB HOKI KUNS

PENGANJURAN SSBJ-KUNS Liga Ramadan 2026 baru-baru ini merupakan satu inisiatif murni yang harus diberikan pujian kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Kelab Hoki Kuns.

Ini disebabkan objektif utama kejohanan edisi kedua hasil usaha sama SSBJ dan Kelab Hoki Kuns mahu menghapuskan budaya buli dalam kalangan pemain hoki di peringkat sekolah.

Kejohanan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil itu tidak hanya tertumpu mencari juara semata-mata, sebaliknya lebih kepada mahu merapatkan ukhwah antara ibu bapa dan  pemain remaja hingga senior.

kuns
Bekas kapten Speedy Tigers, Sukri Abdul Mutalib (kiri) memberikan taklimat kepada sebahagian peserta kejohanan. – KELAB HOKI KUNS

“Penyertaan semua pemain dari Tingkatan 1 hingga Pra U. Ada 4 pasukan bertanding terdiri daripada SSBJ Panther, SSBJ Warrior, SSBJ Thunder dan SSBJ Speedy.

“Suasana lebih bermakna apabila pelbagai juadah disediakan ibu bapa dan guru-guru menghidupkan kebersamaan antara pemain, keluarga serta pendidik.

“Bukan sekadar medan persaingan di atas padang tetapi jambatan merapatkan ukhwah. Ini salah satu usaha kurangkan kes buli,” kata wakil Kelab Hoki Kuns.

Kuns
FITRI (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta Liga Ramadan SSBJ-KUNS. – KELAB HOKI KUNS

Wakil dari Kementerian Pendidikan Malaysia turut hadir pada kejohanan tersebut yang dirasmikan oleh pengetua SSBJ, Huzaidi Husin.

Kehadiran beberapa tonggak kebangsaan seperti Fitri Saari, Faiz Helmi Jali dan Amirul Hamizan Azahar menyaksikan kejohanan itu secara tidak langsung dapat memberikan inspirasi kepada pemain-pemain muda. – PODIUM ON TOUR

LIGA RAMADAN SSBJ-KUNS 2026

Final 

Panther 1 – 2 Speedy

Tempat ke-3/4

Thunder 0 – 2 Warrior

KREDIT FOTO – KELAB HOKI KUNS

Post navigation

Previous: World Athletics iktiraf 4 siri VTF 2026
Next: Jonathan Nyepa kongsi ‘rahsia’ elak kecederaan

Related Stories

Shahril
  • Hoki

Shahril hanya mahu nikmati hoki kali terakhir

podiumontour March 27, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Peluang muka lama rebut sertai Speedy Tigers

podiumontour March 25, 2026
Carolan
  • Hoki

Siapa Carolan? Pakar taktikal hoki Speedy Tigers

podiumontour March 19, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.