Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Siapa Carolan? Pakar taktikal hoki Speedy Tigers

podiumontour March 19, 2026 1 minute read
Carolan

CAROLAN turut bertugas sebagai sebahagian barisan kejurulatihan negara pada Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Ismailia, Mesir baru-baru ini.

SIAPA Brendon Carolan? Individu yang dilantik Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menggantikan Sarjit Singh sebagai ketua jurulatih Speedy Tigers.

Carolan dilabel sebagai pakar taktikal hoki prestasi tinggi dari Afrika Selatan yang berpengalaman luas lebih 14 tahun di pentas antarabangsa.

➡️ Kontrak 1 tahun
➡️ KPI Sukan Asia 2026 (final, 🥇)
➡️ Baiki kedudukan ranking dunia
➡️ MHC mahu instant results dalam 6 bulan

Pernah bertugas sebagai konsultan kepada Kelab Hoki Gantoise, juara lelaki dan wanita Belgium selama dua musim selain membantu skuad lelaki itu memenangi Liga Hoki Eropah (EHL) 2025.

Kelebihan utamanya dari segi keseluruhan persiapan taktikal, analisis pihak lawan, input latihan dan analisis perlawanan.

Sebab itu MHC melantiknya sebagai penolong jurulatih kepada Arul Selvaraj bersama skuad hoki lelaki negara dari 2021 hingga 2023.

Kehadirannya banyak membantu apabila Speedy Tigers cemerlang sepanjang hingga melonjak ke ranking 9 dunia pada 2023. – PODIUM ON TOUR

Pencapaian Speedy Tigers di bawah Arul Selvaraj 2021-2023:

🥇Piala Sultan Azlan Shah 2022
4️⃣ Nations Cup 2022
🥈 Piala Asia 2022
6️⃣ Sukan Asia 2022
1️⃣3️⃣ Piala Dunia 2023
🥈Trofi Juara-Juara Asia 2023

Kejohanan penting:

➡️ Nations Cup (Cape Town, 11-30 Jun)
➡️ Piala Dunia (Belgium-Belanda, 15-30 Ogos)
➡️ Sukan Asia (Aichi-Nagoya, 19 Sep-4 Okt)

KREDIT FOTO – HOKITA

Post navigation

Previous: Malaysian Tigress tunggu Nations Cup 2 FIH
Next: Kali kedua beraya di perantauan, Naufal mahu PB baharu

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.