Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Badminton

Pingat pertama Sukan SEA bakar semangat

podiumontour December 8, 2025 2 minutes read
Pearly Thinaah

PEARLY (kanan) dan Thinaah berjaya memberi satu mata kepada Malaysia ketika menentang Indonesia di separuh akhir berpasukan wanita Sukan SEA 2025. FOTO: MSN MALAYSIA

WALAUPUN terlepas tiket final tetapi skuad badminton berpasukan wanita negara boleh mengambil sudut positif daripada kejayaan meraih pingat pertama Sukan SEA selepas meraih gangsa dalam acara itu.

Apa tidaknya, ia adalah pingat pertama buat kontinjen negara di bumi Thailand kali ini biarpun belum dikira secara rasmi lagi dalam pungutan pingat pada edisi Sukan SEA ke-33 ketika ini.

Ia turut memperbaiki pencapaian dua edisi terdahulu menyaksikan berpasukan wanita negara terkandas di suku akhir, tewas 1-3 kepada Vietnam (Hanoi 2021) dan 0-3 di tangan Filipina (Phnom Penh 2023).

Malah, kejayaan pingat gangsa itu juga mengulangi pencapaian Malaysia dalam acara berkenaan sewaktu edisi 2019 di Manila, Filipina.

Dan ia sudah pasti membakar semangat rakan-rakan senegara untuk terus memburu kilauan pingat seterusnya termasuk skuad berpasukan lelaki yang mara ke final menentang Indonesia pada Rabu (10 Disember).

Benar Malaysia sebenarnya selangkah lagi untuk mengesahkan tiket ke pentas final bertemu Thailand sekiranya beregu wanita kedua, Toh Ee Wei dan Go Pei Kee menang.

Ketika itu, Ee Wei yang turun dengan status juara dunia beregu campuran, membentuk gandingan dengan Pei Kee, terpaksa akur tewas 10-21, 9-21 kepada pasangan No. 59 dunia dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma–Meilysa Trias Puspitasari.

Kekalahan itu menyaksikan Indonesia bangkit mengikat kedudukan 2-2 yang menyaksikan pemenang ditentukan oleh perseorangan ketiga, Siti Zulaikha Nasir.

Sebelum itu, K. Letshanaa tewas 9-21, 10-21 kepada perseorangan ketujuh dunia, Putri Kusuma Wardani sebelum Pearly Tan-M. Thinaah menang 21-14, 17-21, 21-16 ke atas Rachel Allessya Rose–Febi Setianingrum.

Perseorangan kedua negara, Wong Ling Ching menunjukkan bisanya apabila membenam ranking ke-10 dunia, Gregoria Mariska Tunjung, 22-20, 15-21, 21-16 pada aksi separuh akhir di Universiti Thammasat, Pathum Thani itu.

Pada aksi penentuan, Zulaikha terpaksa akur dengan kekuatan perseorangan ketiga Indonesia, Mutiara Ayu Puspitasari apabila tewas 18-21, 16-21, membolehkan lawan itu menempah pertemuan menentang Thailand di final pada Rabu (10 Disember). – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO – MSN MALAYSIA

Post navigation

Previous: Juara dunia woodball sandaran Malaysia
Next: Tiada belas ihsan, 31 gol dalam 3 aksi

Related Stories

Ling Ching
  • Badminton

Ling Ching mampu galas No.1 wanita negara?

podiumontour March 13, 2026
Zii Jia
  • Badminton

Zii Jia tewas straight set kepada pemain Singapura

podiumontour March 12, 2026
all england
  • Badminton

Belum ada rezeki takluk ‘Grand Slam’ All England

podiumontour March 9, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.