Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Tiada belas ihsan, 31 gol dalam 3 aksi

podiumontour December 9, 2025 1 minute read
Akhimullah

AKHIMULLAH (kanan) mengetuai senarai penjaring terbanyak menerusi lima gol, berkongsi status dengan lima lagi pemain. - MHC

JUMLAH 31 gol dalam tiga perlawanan liga sepusingan membuktikan skuad hoki 5 sebelah (5s) lelaki Malaysia sememangnya pada landasan tepat memburu pingat emas Sukan SEA Thailand 2025.

Malaysia selaku naib juara Piala Dunia Hoki 5s boleh dikatakan sudah ‘sebelah kaki’ ke perlawanan akhir apabila dijadualkan menentang Filipina di separuh akhir pada Rabu ini (10 Disember).

Ini berdasarkan pesta gol skuad negara ke atas Filipina sewaktu peringkat liga sepusingan di Stadium Hoki Royal Thai Air Force, Bangkok sebelum ini berakhir dengan keputusan 18-0.

“Saya harapkan agar pemain terus berada di kemuncak (prestasi) untuk mendapat laluan mudah di final nanti,” kata ketua jurulatih hoki 5s lelaki, Wan Mohd Roslan Wan Abd Rahman.

Atas kertas, Filipina sememangnya bukan tandingan buat skuad negara kerana menamatkan liga sepusingan tanpa sebarang jaringan selain bolos 44 kali termasuk Thailand 11-0 dan Indonesia 15-0

Bagaimanapun, skuad negara yang diperkuatkan dengan Pemain Paling Bernilai (MVP) Piala Dunia Hoki 5s, Akhimullah Anuar Esook tidak boleh selesa kerana masih bolos tiga gol, ketika menang 4-2 ke atas Indonesia dan 9-1 terhadap Thailand. – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO: MHC

Post navigation

Previous: Pingat pertama Sukan SEA bakar semangat
Next: Dian intai penjaring terbanyak hoki 5s

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.