AZIZULHASNI terus membuktikan kehandalannya dengan memenangi pingat gangsa acara sprint pada Siri 1 Piala Dunia di Perth, Australia hari ini (8 Mac). - UCI CYCLING
MASIH segar dengan kejayaan memenangi pingat emas acara keirin, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menambah koleksi pingat pada Siri 1 Piala Dunia di Perth, Australia.
Walaupun pada usia 38 tahun, Azizulhasni atau The Pocket Rocketman sememangnya kekal menjadi pertaruhan terbaik negara apabila kali ini menyambar pingat gangsa acara sprint.
Keputusan
Emas – Matthew Richardson (United Kingdom)
Perak – Leigh Hoffman (Australia)
Gangsa – Azizulhasni Awang (Malaysia)
Prestasi cemerlang ditunjukkan anak jati Terengganu ini membuktikan masih ada sinar buat dirinya untuk beraksi buat kali terakhir di pentas Sukan Olimpik pada edisi Los Angeles 2028 sebelum secara rasminya melabuhkan karier gemilangnya.
Tak mustahil ia boleh menjadi peluang terakhir buat Azizulhasni memburu pingat emas Olimpik pertama buat dirinya dan juga Malaysia selepas pernah memenangi gangsa Olimpik Rio 2016 dan perak Olimpik Tokyo 2020.
Buat masa ini, Azizulhasni tidak mahu terburu-buru dan mengambil satu demi satu Langkah cuba bersaing pada tahap kompetitif dalam semua kejohanan 2026 seperti Siri Piala Dunia, Kejohanan Trek Dunia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. – PODIUM ON TOUR
KREDIT FOTO – UCI CYCLING