Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Malaysian Tigress akhiri kempen di kedudukan keenam

podiumontour March 9, 2026 2 minutes read
malaysia

MALAYSIA tewas 0-3 kepada Perancis pada penentuan tempat kelima dan keenam Kelayakan Piala Dunia Hoki Asia 2026. - FIH

HASRAT Malaysia untuk mengakhiri Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Santiago, Chile di kedudukan tertinggi mampu diraih iaitu tempat kelima tidak kesampaian.

Skuad hoki wanita negara, No.21 dunia, terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan keenam selepas Malaysia tewas 0-3 kepada Perancis dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam hari ini (8 Mac).

“Pemain-pemain bermain dengan baik. Kita ada cipta peluang untuk jaringkan gol dan cara mengawal bahagian pertahanan juga baik,

“Ia sesuatu yang positif kerana tak mudah menentang Perancis yang pernah bermain di Sukan Olimpik. Ini satu petanda yang baik walaupun kita tak dapat jaringkan gol,” kata pengendali skuad negara, Nasihin Nubli Ibrahim.

Perancis di ranking ke-17 dunia, meledak tiga gol padang menerusi Emma van der Zanden seawal minit pertama dan 57 serta Mazarine Proux (m37).

Kekalahan itu menyaksikan Malaysian Tigress gagal mengulangi kejayaan menewaskan Perancis 3-2 sewaktu kali pertama bertemu pada Siri Final Banbridge 2019.

Pastinya banyak input berguna diraih para pemain dan barisan kejurulatihan daripada kempen di Chile ini dalam usaha memantapkan pasukan sebelum menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun pada September nanti.

Malaysian Tigress masih mempunyai masa untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada bagi memastikan mereka bersaing sengit dengan gergasi Asia nanti.

Pencapaian terbaik skuad hoki wanita di pentas Sukan Asia adalah pingat gangsa sewaktu edisi 1982 di New Delhi, India. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Selepas emas keirin, Azizulhasni ‘tapau’ gangsa sprint
Next: Belum ada rezeki takluk ‘Grand Slam’ All England

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.