Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Shahril hanya mahu nikmati hoki kali terakhir

podiumontour March 27, 2026 2 minutes read
Shahril

SHAHRIL pernah memainkan watak penting buat skuad kebangsaan dengan peranannya sebagai pakar flick. - MHC

SATU ketika dahulu nama Muhammad Shahril Saabah diangkat antara pakar flick skuad hoki negara, mewarisi legenda-legenda Malaysia seperti S. Kuhan dan Amin Rahim.

Segalanya berjalan mengikut perancangan bermula dengan kejayaannya membantu Skuad Projek 2013 meraih tempat keempat Piala Dunia Hoki Remaja 2013 di New Delhi.

Karier Shahril terus mekar apabila dia antara tonggak muda terus diserapkan ke skuad senior dan beraksi pada Piala Sultan Azlan Shah 2024.

Sejak itu, Shahril, 31, menjadi antara watak penting Speedy Tigers dengan menjaringkan 108 gol dalam 162 penampilan senior, tidak termasuk 62 jaringan di peringkat remaja (mengikut statistik FIH).

Namun, kecederaan menjadi ‘musuh’ utama Shahril terutamanya lutut dan hamstring yang menyebabkan dia terpaksa berehat panjang, kadang-kadang 6 hingga 9 bulan.

Dan kerana itu juga Liga Hoki Malaysia (TNBMHL) 2026 kali ini mungkin menjadi penampilan terakhirnya di peringkat liga tertinggi tanah air.

“Tahun lepas saya tak main (liga), ingat nak berhenti terus. Mungkin ini tahun terakhir saya main liga kebangsaan (TNBMHL).

“Saya tak tahu nak cakap tapi saya tak letak harapan. Buat masa ini (lutut) saya okey.

“Tahun lepas main Liga KL, hujung-hujung baru mula rasa sakit. Saya cuma harap kali ini saya dapat selesaikan semua perlawanan sampai habis dengan Maybank,” katanya kepada Podium On Tour.

Kecederaan menjadi antara punca Shahril hanya sempat bermain satu Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda dan terlepas edisi 2018 (pangkal paha) & edisi 2023 (hamstring).

Oleh sebab itu Shahril merasakan dirinya tidak akan kembali menyarung jersi Speedy Tigers kerana badannya tidak lagi cergas sepenuhnya seperti dahulu. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: 3 pingat, 2 rekod Malaysia, Syawal terindah Fatin
Next: World Athletics iktiraf 4 siri VTF 2026

Related Stories

kuns
  • Hoki

Inisiatif Kelab Hoki Kuns-SSBJ cegah gejala buli

podiumontour March 28, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Peluang muka lama rebut sertai Speedy Tigers

podiumontour March 25, 2026
Carolan
  • Hoki

Siapa Carolan? Pakar taktikal hoki Speedy Tigers

podiumontour March 19, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.