Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Speedy Tigers dalam ‘group of death’ Piala Dunia

podiumontour March 17, 2026 2 minutes read
piala dunia

MALAYSIA diundi dalam Kumpulan B Piala Dunia Hoki 2026 bersama Belgium, Jerman dan Perancis. - FIH

MALAYSIA bakal berdepan dua bekas juara dunia, Belgium dan Jerman selain Perancis dalam saingan Kumpulan B Piala Dunia Hoki 2026 yang akan berlangsung 14 hingga 30 Ogos nanti.

Skuad hoki lelaki kebangsaan boleh diibaratkan berada dalam ‘kumpulan maut’ (group of death) di Piala Dunia nanti disebabkan reputasi Belgium dan Jerman selaku bekas pemenang Sukan Olimpik selain Perancis yang kini di ranking ke-10 dunia.

Pencapaian semasa Belgium selaku tuan rumah yang ketika ini berada di ranking kedua dunia, adalah menjuarai Piala Dunia 2018 dan pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Walaupun Jerman kini jatuh ranking keenam dunia, tetapi reputasi mereka sangat tinggi kerana turun selaku juara bertahan Piala Dunia selepas menjuarai edisi 2023 selain memenangi pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024.

Perancis pula berada di ranking ke-10 dunia dan masih segar dengan kejayaan naib juara Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Santiago, Chile baru-baru ini.

Atas kertas, Perancis adalah lawan yang dilihat lebih lemah jika dibandingkan dengan Belgium dan Jerman di pentas Piala Dunia nanti.

Saingan Kumpulan A menyaksikan satu lagi tuan rumah Piala Dunia, Belanda akan berdepan Argentina, New Zealand dan Jepun.

Australia, Sepanyol, Irelanda dan Afrika Selatan diundi dalam Kumpulan C, manakala England, India, Pakistan serta Wales bersaing di Kumpulan D. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Nations Cup seperti ‘mini Piala Dunia’
Next: Sadat dedah rahsia kejayaan pingat perak Sukan SEA

Related Stories

kuns
  • Hoki

Inisiatif Kelab Hoki Kuns-SSBJ cegah gejala buli

podiumontour March 28, 2026
Shahril
  • Hoki

Shahril hanya mahu nikmati hoki kali terakhir

podiumontour March 27, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Peluang muka lama rebut sertai Speedy Tigers

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.