Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Sadat dedah rahsia kejayaan pingat perak Sukan SEA

podiumontour March 18, 2026 2 minutes read
Sadat

SADAT kini bersiap sedia untuk memastikan pingat emas menjadi milik Malaysia pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 di Kuala Lumpur hujung tahun ini. - OLAHRAGA MALAYSIA

ATLET baling tukul besi negara, Sadat Marzuqi Ajisan berkongsi rahsia peningkatan prestasinya yang menjadi faktor penting dalam kejayaannya memenangi pingat perak pada Sukan SEA Thailand 2025.

Ia hasil ilmu latihan daripada gabungan dua jurulatih, Tan Song Hwa dan Hakim Toumi dari Algeria banyak memberi input berguna dalam sesi latihan Sadat untuk dia kembali mendapat rentak balingan terbaik.

Ia terbukti apabila Sadat berjaya mencatat 60.15 meter (m) untuk meraih pingat perak Sukan SEA Thailand 2025, menewaskan pemegang rekod baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer di tempat ketiga (59.81m).

Kali terakhir Sadat membuat balingan melepasi jarak 60m adalah tiga tahun lalu dengan catatan 60.63m sewaktu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

“Beliau (Toumi) adalah seorang jurulatih yang hebat dan langsung tak kedekut untuk berkongsi ilmu. Pengalamannya luas, pernah beraksi banyak kali di Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia.

“Beliau berada di sana sejak tahun lepas. Bahasa Inggerisnya juga bagus, jadi mudah untuk saya cuba terapkan ilmunya dalam balingan.

“Sebelum ini saya ada cedera hamstring kanan. Kami berlatih bersama tiga bulan sebelum Sukan SEA. Saya dapat cecah semula 60m dan boleh kata ia antara faktor yang bantu saya menang pingat perak,” katanya kepada Podium On Tour.

Sadat

Oleh itu, Sadat percaya klinik baling tukul besi bersama Song Hwa dan Toumi di Stadium Mini Bukit Jalil dari 10 hingga 12 April ini mampu memberikan manfaat besar dalam mencungkil bakat-bakat baharu kebangsaan bagi acara itu.

Sebagai rekod, Toumi pernah mendominasi acara baling tukul besi di benua Afrika dengan keseluruhan tujuh pingat emas dari 1984 hingga 1996.

Kini, anak didiknya iaitu Zahra Tatar mengikut jejaknya menjuarai Kejuaraan Afrika 2024 dan Sukan Solidariti Islam 2025 selain baru sahaja mencipta rekod baharu Algeria dengan catatan 70.82m pada April 2025.’

Zahra juga menjadi atlet terbaik dari benua Afrika pada Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menduduki tempat ke-25 dengan balingan sejauh 66.99m. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Speedy Tigers dalam ‘group of death’ Piala Dunia
Next: Carolan ganti Sarjit latih Speedy Tigers

Related Stories

Azeem
  • Olahraga

Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah

podiumontour May 17, 2026
Umar Osman
  • Olahraga

Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun

podiumontour May 17, 2026
Danish Iftikhar
  • Olahraga

2 pencabar Danish Iftikhar ada PB 10.06s & 10.08s

podiumontour May 16, 2026

Recent Posts

  • Peluang muka baharu rebut slot 20 terbaik Speedy Tigers
  • Juara treble, Negeri Sembilan rampas status gergasi hoki
  • Azeem tebus duka, bantu Auburn ulangi sejarah
  • Umar Osman pecah rekod berusia 58 tahun
  • Maybank pantang menyerah, pertahan rekod tak kalah
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.