Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Tiga kali bangkit belum cukup jinakkan India

podiumontour November 26, 2025 1 minute read
Norsyafiq Sumantri

PENYERANG Malaysia, Norsyafiq Sumantri (kiri) cuba melepasi kawalan pemain India pada aksi PSAS di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh hari ini. - FOTO: TONY MARIADASS

SKUAD hoki Malaysia terus kemarau kemenangan ke atas India apabila tewas 3-4 dalam aksi berlangsung penuh sengit peringkat kumpulan Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsung di Ipoh, Perak pada Rabu (26 November).

Malaysia bermula dengan langkah kiri kepada India apabila ketinggalan seawal minit ketujuh menerusi Karthi Selvam, sebelum Faizal Saari menyamakan kedudukan pada minit ke-13 menerusi pukulan sudut penalti.

Sukhjeet Singh menggandakan kedudukan buat India pada suku kedua, namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila giliran Fitri Saari menyamakan kedudukan pada minit ke 36.

India tidak berputus asa dengan Amit Rohidas meletakkan India di hadapan tiga minit kemudian sebelum kapten pasukan, Marhan Jalil menyamakan kedudukan 3-3 pada suku ketiga permainan.

Sanjay Rana memastikan Malaysia berputih mata apabila menyempurnakan penalti stroke untuk kedudukan menjadi 4-3 dan kekal sehingga tamat perlawanan.

Kali terakhir Malaysia menang ke atas India adalah Separuh Akhir Liga Hoki Dunia pada 2017 di London dengan kemenangan 3-2.

Barisan anak buah Sarjit Singh akan meneruskan kempen mereka dalam Piala Sultan Azlan Shah dengan menentang Belgium pada Khamis (27 November). – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO – TONY MARIADASS

Post navigation

Previous: Sukan SEA: Semua acara di Songkhla pindah ke Bangkok
Next: Deaflympics: Atlet muda serlah harapan baharu

Related Stories

kuns
  • Hoki

Inisiatif Kelab Hoki Kuns-SSBJ cegah gejala buli

podiumontour March 28, 2026
Shahril
  • Hoki

Shahril hanya mahu nikmati hoki kali terakhir

podiumontour March 27, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Peluang muka lama rebut sertai Speedy Tigers

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.