Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Xtra

Sukan SEA: Semua acara di Songkhla pindah ke Bangkok

podiumontour November 26, 2025 2 minutes read
sukan sea

BENCANA banjir melanda menyebabkan penganjur Sukan SEA Thailand 2025 mengambil keputusan memindahkan semua acara di Songkhla ke Bangkok. FOTO: FB ASEAN URBANIST

SEMUA acara Sukan SEA Thailand 2025 dijadualkan berlangsung di Songkhla bulan depan akan dipindahkan ke Bangkok disebabkan bencana banjir dan kebimbangan mengenai keadaan venue selepas air surut.

Ia melibatkan 10 acara Sukan SEA seperti bola sepak, tinju, pencak silat, karate, wusyu, tinju, judo, gusti, catur dan petong dengan keseluruhan 109 pingat emas akan dipindahkan ke venue baharu di Bangkok.

Timbalan Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Thailand (NOCT), Chalitrat Chantarubeksa mengesahkan keputusan untuk Sukan SEA itu dibuat hasil mesyuarat yang diadakan hari ini, seperti dilaporkan oleh portal Thailand, Bangkok Post.

Selain Pengerusi Jawatankuasa Sukan SEA, Chaiyapak Siriwat, turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Atthakorn Sirilatthayakorn dan wakil negara-negara bertanding.

“Sebagai tuan rumah, Thailand juga mempertimbangkan cara untuk memberi pampasan kepada negara-negara bertanding memandangkan ada yang sudah menempah penerbangan dan penginapan di Songkhla,” kata Chalitrat dipetik daripada laporan Bangkok Post.

Keadaan venue-venue yang telah ditetapkan di Songkhla juga menjadi salah satu kebimbangan utama selain tempoh masa banjir akan surut sepenuhnya.

Beberapa negara juga dilaporkan meluahkan kebimbangan mereka terhadap sebarang kemungkinan penyebaran penyakit selepas banjir surut nanti.

Ini bermakna, penganjuran edisi ke-33 kali ini hanya akan dipertandingkan di Bangkok dan Chonburi dari 9 hingga 20 Disember nanti. – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO – FB ASEAN URBANIST

Post navigation

Previous: Deaflympics: Penamat yang tetap membanggakan
Next: Tiga kali bangkit belum cukup jinakkan India

Related Stories

TUAH Maskot Sukan SEA
  • Xtra

TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027

podiumontour July 13, 2026
ASICS Malaysia
  • Xtra

ASICS Malaysia raikan Hari Badminton Sedunia 

podiumontour July 5, 2026
Tiket FURY Championship
  • Xtra

13 pertarungan epik disajikan Fury Championship Vol. II

podiumontour June 22, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.