Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Sukan Lain

Valor Fencing Academy mula ‘mendunia’

podiumontour December 3, 2025 2 minutes read
Valor

PENG KEAN (belakang, kiri) dan Husnul (belakang kanan) bersama para pemainnya pada siri terakhir diadakan di Hong Kong baru-baru ini.

PENGASAS bersama Valor Fencing Academy, Yu Peng Kean teruja dengan kecemerlangan ditunjukkan anak-anak buahnya terutama tiga pemainnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan Liga Kelab Lawan Pedang Antarabangsa 2025.

Menariknya, Leanne Tan Yu Nuo membuktikan potensi besar dimilikinya untuk menjadi aset masa depan Malaysia pada masa depan apabila menjadi juara keseluruhan bagi kategori sabre wanita bawah 12 tahun (B-12) dan B-14.

Dua lagi produk Valor yang menyinar ialah Loo Hong Shin yang muncul juara keseluruhan sabre wanita B-8 dan Chau Lok Sin (sabre wanita B-10).

Turut mencipta kejayaan pada edisi pertama liga lawan pedang peringkat umur bawah itu ialah Alex Wang yang meraih tempat kedua keseluruhan bagi kategori sabre lelaki B-12.

“Liga ini merangkumi empat kejohanan dengan pemain-pemain perlu mengumpul mata dalam semua acara untuk menentukan kedudukan akhir. Ini kali pertama kategori peringkat umur seperti ini diadakan.

“Persaingan cukup hebat kerana lawan-lawan terdiri dari Jepun, Korea Selatan, China, Hong Kong, Filipina, Thailand, Taiwan, Singapura dan Malaysia. Edisi pertama diadakan di Taiwan, diikuti Filipina, Jepun dan terakhir di Hong Kong.

“Kita hantar semua pemain sabre sebab saya bekas pemain sabre. Jadi kami amat berbangga tiga pemain lawan pedang kami berjaya muncul juara keseluruhan,” kata Peng Kean yang pernah mewakili Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik London 2012.

Pada siri terakhir berlangsung di Hong Kong baru-baru ini, Valor yang membawa seorang lagi jurulatih yang rakan pengasas Valor, Husnul Ariq Bakri selain Peng Kean sendiri, secara keseluruhan membawa pulang tiga pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.

Tiga emas ketika itu dimenangi oleh Leanne (B-14) dan Lok Sin yang menjuarai B-10 serta B-11.

Leanne sekali lagi mencipta kejayaan tersendiri dengan meraih perak B-12 diikuti Loo Hang Lok (B-10 lelaki), Triston Tan Yu Tye (B-9 lelaki), Loo Hong Shin (B-10 wanita) dan George Limsa Leo (B-8 lelaki).

Tiga pingat gangsa diraih Valor di Hong Kong pula menerusi Triston Tan (B-10 lelaki), Chau Zhe Yu (B-8 lelaki) dan Hong Shin (B-8 wanita). – PODIUM ON TOUR

Post navigation

Previous: Young Tigers ‘terpedaya’ wisel peminat hoki
Next: Andre pembawa Jalur Gemilang, buru hatrik emas

Related Stories

Hakim Danish
  • Sukan Lain

Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA

podiumontour March 30, 2026
Fatin
  • Sukan Lain

3 pingat, 2 rekod Malaysia, Syawal terindah Fatin

podiumontour March 26, 2026
SRAFTKL
  • Sukan Lain

Misi SRAFTKL terus cari ‘The Next Nicol David’

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.