Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Young Tigers ‘terpedaya’ wisel peminat hoki

podiumontour December 3, 2025 2 minutes read
hoki

SKUAD hoki remaja negara menamatkan aksi peringkat kumpulan di tangga ketiga selepas tewas 1-3 kepada England.

WISEL daripada para penonton membuatkan skuad hoki remaja lelaki negara dihukum dengan jaringan oleh England dalam kekalahan 1-3 pada aksi terakhir Kumpulan E Piala Dunia Remaja 2025 di Tamil Nadu, India hari ini (2 Disember).

Kekalahan itu menamatkan cabaran Young Tigers untuk melangkah ke suku akhir selepas terdahulu tewas besar 0-6 kepada Belanda meskipun memulakan kempen dengan kemenangan 5-1 ke atas Austria.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Young Tigers, Nor Saiful Zaini Nasiruddin tetap berpuas hati dengan beberapa aspek positif ditunjukkan anak-anak buahnya yang masih berupaya meledak satu gol ke atas England.

SKUAD hoki remaja negara akan meneruskan saingan Piala Dunia Remaja 2025 dalam pusingan playoff tempat ke-9 hingga 16.

“Secara keseluruhan kita bermain bagus dan baik. Lagipun perlawanan ini memang kita nak tengok di mana kelemahan sebelum bermain di pusingan (playoff) 9 hingga 16.

“PC defend (pertahanan pukulan sudut penalti) kita bagus, daripada 16, kita cuma bolos satu. Satu gol padang dan satu lagi daripada kesilapan disebabkan wisel penonton yang membuatkan kita berhenti bermain.

“Bola itu dijaringkan dengan cara pemain kita tak bersedia. Apa-apa pun, kita masih dapat masuk ke kawasan mereka dan ada peluang jaringkan gol. Cumanya kita tak dapat nak jaringkan lebih daripada satu hari ini,” katanya.

PEMAIN negara, Muhammad Atif Aqil Zubir (kiri) cuba melakukan percubaan ketika menentang England di Piala Dunia Remaja 2025.

Pada aksi di Stadium Hoki Antarabangsa Madurai itu, England membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti (PC) Henry Markham seawal minit keempat.

England yang dikendalikan oleh Jon Blebby menggandakan kedudukan melalui gol padang Michael Royden (m-36) sebelum Azimuddin Shakir Kamaruddin merapatkan deficit dengan gol PC pada minit ke-47.

Hasrat skuad muda negara untuk cuba mencari gol penyamaan tidak kesampaian dinafikan dengan jaringan ketiga England hasil penyudah Alex Chihota pada minit ke-57. – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO – MHC / FIH

Post navigation

Previous: Misi Malayan Tigress tamatkan penantian 30 tahun
Next: Valor Fencing Academy mula ‘mendunia’

Related Stories

kuns
  • Hoki

Inisiatif Kelab Hoki Kuns-SSBJ cegah gejala buli

podiumontour March 28, 2026
Shahril
  • Hoki

Shahril hanya mahu nikmati hoki kali terakhir

podiumontour March 27, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Peluang muka lama rebut sertai Speedy Tigers

podiumontour March 25, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.