Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Pingat perak yang cukup ‘mahal’

podiumontour December 11, 2025 2 minutes read
pingat perak hoki

BARISAN pemain menunjukkan pingat perak dimenangi pada Sukan SEA 2025. FOTO: MSN MALAYSIA

PINGAT perak selepas tewas di final sesuatu yang perit untuk ditelan, apatah lagi berlaku kepada lawan yang sebenarnya pernah dikalahkan.

Namun, itulah realiti pingat perak yang sudah berlaku dan skuad hoki 5 sebelah (5s) wanita negara tidak boleh terus ‘menyeksa’ diri terhadap kegagalan meraih pingat emas Sukan SEA Thailand 2025.

Pingat perak itu susulan kekalahan 1-7 kepada Thailand pada perlawanan akhir di Royal Thai Air Force, Bangkok petang tadi (10 Disember) meskipun menang 7-2 ke atas tuan rumah dalam aksi liga sepusingan dua hari sebelum itu.

Tidak pasti sama ada strategi Thailand sengaja ‘menyimpan kuku’ sebelum itu atau sebaliknya, namun arisan pemain perlu berbangga kerana sekurang-kurangnya telah mencapai sasaran ditetapkan iaitu pingat perak.

“Sasaran PINGAT PERAK ditepati. Skuad Hoki 5s Wanita membawa pulang pingat perak buat Malaysia,” menurut status dimuat naik Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

pingat perak hoki
AKSI pemain negara (jersi merah) menentang Thailand pada final Hoki 5s Sukan SEA 2025. FOTO: MSN MALAYSIA

Apa yang berlaku dalam final di Royal Thai Air Force, Bangkok petang tadi (10 Disember) perlu dijadikan iktibar dan pengalaman agar peristiwa sama tidak berulang ketika Malaysia menjadi tuan rumah edisi seterusnya pada 2027.

Majoriti pemain dalam skuad kali ini masih boleh beraksi pada edisi 2027 seperti Dian Nursyakira Najwa Al Wadqa Nazeri, 23, yang meledak sembilan gol sepanjang temasya ini.

Nur Qistina Syamimi Mohamad Roslan, 20; Nur Anis Erysha Zamri, 22; Nurshafika Ahmad Kamil, 21; Nurfatin Dizana Mohd Zaidi, 24; Wan Nur Syafiqah Syahirah Wan Nordin, 24; Hasya Syahida Saifuddin, 24; Nor Adilah Abdul Malik, 26 – kesemuanya masih boleh beraksi di tahap tertinggi.

Dua tonggak berpengalaman iaitu kapten, Nurul Safiqah Mat Isa dan Surizan Awang Noh yang sudah berusia 30 tahun ke atas tetapi wajar diberikan pujian.

Keputusan di Bangkok membuktikan kejayaan meraih tempat keenam Piala Dunia Hoki 5s 2024 di Muscat, Oman awal tahun lalu tidak boleh menjadi jaminan kerana Thailand mengakhiri saingan itu di tangga ke-13, namun meraih emas kali ini.

Pastinya MHC dan barisan kejurulatihan akan merencana percaturan dalam usaha merampas semula pingat emas itu pada edisi 2027 nanti. – PODIUM ON TOUR

SUMBER FOTO – MSN MALAYSIA

Post navigation

Previous: Debut cemerlang, trio poomsae tuai emas
Next: Penamat manis Jinq En, akhiri penantian 6 tahun

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.