Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Badminton

Zii Jia tewas straight set kepada pemain Singapura

podiumontour March 12, 2026 2 minutes read
Zii Jia

ZII JIA terpaksa akur tumpas kepada Jason Teh dengan keputusan straight set 12-21, 14-21 di pusingan pertama Terbuka Switzerland 2026. - OLYMPICS.COM

JAGUH perseorangan lelaki professional negara, Lee Zii Jia untuk meneruskan kemaraan ke pusingan kedua Terbuka Switzerland tak kesampaian apabila tewas 12-21, 14-21 kepada Jason Teh dari Singapura.

Kekalahan straight set dalam tempoh 28 minit di St. Jakobshalle, Basel itu menangguhkan impian Zii Jia untuk kembali menakluk saingan BWF World Tour sejak menjuarai Terbuka Australia 2024.

Saingan Super 300 Terbuka Switzerland dilihat sebagai peluang terbaik buat Zii Jia yang pernah menjuarai All England 2021, untuk kembali menemui rentak terbaik sebelum ke Piala Thomas di Horsens, Denmark bermula 24 April nanti.

Biarpun terpaksa bermula di peringkat kelayakan, namun anak jati Alor Setar, Kedah berusia 27 tahun itu menunjukkan persembahan yang bagus untuk layak ke pusingan pertama bertemu Jason Teh.

Zii Jia yang kini jatuh 32 anak tangga daripada No.64 kepada 96 dunia, menang 21-14, 21-10 ke atas Minoru Koga dari Jepun sebelum menewaskan pemain Denmark, Ditlev Jaeger Holm 21-17, 19-21, 21-16 dalam dua aksi kelayakan.

Bagaimanapun, hasrat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu meneruskan kemaraan terhenti di tangan Jason Teh apabila tewas dalam pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan di pusingan pertama hari ini (12 Mac).

Jason Teh akan berdepan bintang muda Indonesia berusia 20 tahun, Alwi Farhan yang menewaskan Hu Zhe’an dari China 21-18, 21-10. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLYMPICS.COM

Post navigation

Previous: Ranking Speedy Tigers akan naik semula – Sarjit
Next: ‘Tidur’ tepi jalan, cuci pinggan, ini kisah Piala Dunia Pakistan

Related Stories

Ling Ching
  • Badminton

Ling Ching mampu galas No.1 wanita negara?

podiumontour March 13, 2026
all england
  • Badminton

Belum ada rezeki takluk ‘Grand Slam’ All England

podiumontour March 9, 2026
all england
  • Badminton

Final All England kali ketiga buat Aaron-Wooi Yik

podiumontour March 8, 2026

Recent Posts

  • Izzatul Musfirah ‘straight A’ SPM 2025
  • Azeem VS Umar di Terbuka Malaysia, realiti atau fantasi?
  • Diva Renatta kongsi ‘resipi’ utama kejayaan semasa
  • 5 sasaran utama Umar bagi tahun 2026
  • Magis Hakim Danish raih No.13 di COTA
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.