Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Ranking Speedy Tigers akan naik semula – Sarjit

podiumontour March 12, 2026 2 minutes read
Speedy Tigers

SARJIT percaya Speedy Tigers akan kembali berada di kedudukan ranking lebih baik daripada No.15 dunia pada kejohanan selepas ini. - FIH

PENGENDALI skuad hoki lelaki negara, Sarjit Singh percaya Speedy Tigers akan memperbaiki ranking dunia dan kembali ke kedudukan sebenar daripada No.15 dunia ketika ini.

Bagi Sarjit, para pemain sudah berusaha keras dalam setiap perlawanan, namun disebabkan keputusan di atas padang dan kesilapan mudah menghukum Speedy Tigers pada Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Ismailia, Mesir.

Untuk itu, Sarjit berharap semua penyokong termasuk mereka yang mengkritik agar terus memberikan sokongan padu kepada Speedy Tigers yang akan menghadapi banyak kejohanan selepas ini.

Ia bermula dengan saingan Piala Negara-Negara (Nations Cup) FIH pada Jun diikuti Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda (Ogos) dan Sukan Asia Aichi-Nagoya di Jepun (September).

“Bila ranking kita 12 (dunia) tiada orang cerita. Bila kita main Nations Cup, kita tak layak ke separuh akhir, kita turun ranking.

“Jadi bila kita 15 (dunia), mereka (penyokong) bangkitkan ranking. Kita tak boleh kawal semua orang, hak mereka untuk berikan pandangan.

“Sekarang kita 15 dunia, kita akan terus bekerja keras untuk kembali ke tempat sebenar. Harapnya di Nations Cup nanti kita akan bermain baik.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong termasuk MHC, MSN, ISN, penyokong, ahli keluarga dan mereka yang memberikan kritikan, tolong sokong kami.

“Ini bukan pasukan saya, ini pasukan kebangsaan kita. Pasukan semua orang, jadi kita perlu berikan sokongan kepada semua,” kata Sarjit kepada Podium On Tour selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini (12 Mac).

Speedy Tigers layak ke Piala Dunia 2026 dengan kelebihan ranking selepas meraih tempat keempat kelayakan di Mesir, namun harga perlu dibayar adalah kini jatuh dua anak tangga di ranking 15 dunia.

Peluang terbaik buat Speedy Tigers untuk Kembali memanjat tangga ranking pada saingan Nations Cup FIH yang masih lagi belum diumumkan venue dan Tarikh sebenar kejohanan, dianggarkan sekitar Jun nanti. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Impian tertangguh, Shereen tak sertai World Indoor
Next: Zii Jia tewas straight set kepada pemain Singapura

Related Stories

Shafiq Ammar
  • Hoki

Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun

podiumontour July 12, 2026
Speedy Tigers
  • Hoki

Kecederaan tiga tonggak tak resahkan Speedy Tigers

podiumontour July 11, 2026
Young Tigers
  • Hoki

Young Tigers jumpa ramuan benam Jepun B21

podiumontour July 11, 2026

Recent Posts

  • Armin antara harapan Asia Tenggara di Sukan Asia
  • TUAH maskot Sukan SEA 2027, Sukan Para ASEAN 2027
  • Shafiq Ammar hero Young Tigers di Jepun
  • Rekod 4x100m kebangsaan bakal pecah?
  • Armin pecah rekod Malaysia, ketiga terpantas Asia Tenggara
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.