Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Armin Zahryl layak jadi pengganti Rayzam

podiumontour April 16, 2026 2 minutes read
armin zahryl

ARMIN ZAHRYL (kanan) dan jurulatihnya, Zainuddin Yusoff pada majlis penyampaian hadiah Terbuka Singapura semalam (15 April). - OLAHRAGA MALAYSIA

KEJAYAAN Mohamad Armin Zahryl Abd Latif menjuarai Terbuka Singapura dengan rekod peribadi (PB) 13.82 saat (s) memberi nafas baharu arena olahraga negara.

Walaupun masih terlalu awal, tetapi ia seakan menamatkan penantian Malaysia mencari pengganti kepada Rayzam Shah Wan Sofian yang sudah bersara sejak 2022.

Ini kerana Armin Zahryl, 21, berjaya mencipta PB baharu dalam dua perlumbaan 110 meter (m) lari berpagar berturut-turut selepas dahulu merekodkan 13.85s ketika meraih gangsa Sukan SEA Thailand 2025.

Menariknya, atlet dari Dungun, Terengganu itu berjaya menewaskan atlet Singapura yang memenangi perak Sukan SEA Thailand 2025, Ang Chen Xiang di Stadium Nasional Kallang semalam (15 April).

Chen Xiang meraih tempat kedua dengan masa 13.85s sementara gangsa menjadi milik Clinton Bautista dari Filipina (14.20s).

“Untuk tahun ini saya mahukan catatan yang lebih pantas lagi, mungkin 13.6s atau 13.5s hingga hujung tahun.

“Impian saya sangat besar, nak konsisten masa bawah 14s setiap tahun, kalau boleh hingga saya bersara pada masa depan,” katanya eksklusif kepada Podium On Tour.

Rayzam konsisten menghadiahkan pingat buat Malaysia di pentas Sukan SEA bermula Korat 2007 sehingga Manila 2019 sebelum Malaysia kemarau pingat selama dua edisi di Hanoi 2021 dan Kemboja 2023.

Jika berjaya memadam rekod kebangsaan Rayzam 13.67s, tak mustahil Armin Zahryl mampu mencabar John Cabang dari Filipina yang memegang rekod Sukan SEA dengan catatan 13.66s. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Permulaan positif Melissa, naib juara Terbuka Singapura
Next: Debut antarabangsa positif Khaleesa Yasmin

Related Stories

Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT

podiumontour August 31, 2026
Cecilia Maksimon
  • Olahraga

Cecilia tak jangka raih gangsa Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026
Masters Dunia
  • Olahraga

Trio 10km jalan kaki banggakan Malaysia di Masters Dunia 2026

podiumontour August 26, 2026

Recent Posts

  • Jing Xuan raih emas, pecah rekod SUKIPT
  • Dheeressh dedikasikan sempena hari lahir ibu
  • Insentif RM20,000 pecah rekod kebangsaan di SUKIPT 2026
  • Speedy Tigers janji kebangkitan di Sukan Asia
  • Tempat ke-16 Piala Dunia cemari peningkatan Speedy Tigers
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.