Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Terbuka Singapura ala ‘mini Sukan SEA’

podiumontour April 14, 2026 2 minutes read
Singapura

BRIAN LOUIS (dari kiri), Yu-tang, Ubas, Subenrat dan Shanti Pereira (belakang) antara atlet berprofil tinggi menyertai Terbuka Singapura 2026.

SAINGAN Terbuka Singapura di Stadium Nasional Kallang dari 15 hingga 17 April ini boleh menjadi pengukur terhadap potensi awal atlet-atlet olahraga kebangsaan.

Ini disebabkan tahap kompetitif yang boleh dikatakan agak tinggi menerusi penyertaan ramai nama berprofil tinggi di Asia Tenggara termasuk atlet-atlet tuan rumah.

Antaranya pemenang emas dan perak Sukan Asia Hangzhou 2022, Veronica Shanti Pereira  dan Marc Brian Louis yang meraih perak 200m Sukan SEA dengan catatan 20.72 saat (s) serta Ang Chen Xiang (110m lari berpagar).

Selain rantau Asia Tenggara, beberapa atlet dari negara Asia lain seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan beberapa lagi turut mengambil bahagian.

Paling mencuri tumpuan atlet lompat jauh Taiwan, Lin Yu-tang yang pernah bergelar juara Asia dengan rekod peribadi (PB) 8.40m.

Biarpun Malaysia menghantar gabungan atlet pengalaman dan pelapis, persaingan di Singapura boleh memberikan input awal kerana ia adalah kejohanan pertama yang rata-ratanya disertai mereka tahun ini.

Beberapa nama besar dunia olahraga negara yang akan bersaing seperti pemenang pingat gangsa 400m Sukan Asia Hangzhou, Shereen Samson Vallabouy, Andre Anura Anuar, Umar Osman, Wan Fazri Wan Zahari, Armin Zahryl Abd Latif, Queenie Ting Kung Ni, Ng Jing Xuan dan ramai lagi.

Malaysia turut menghantar pelapis-pelapis berbakat besar seperti tiga raja pecut muda Kedah, Aiman Ikhwan Yahya, Dzul Danish Jamari dan Umaira Subri serta ramai lagi menjadikan keseluruhan kontinjen atlet negara di Singapura seramai 25 orang.

Tak mustahil dengan ada tahap kompetitif yang tinggi dalam acara tertentu, atlet negara mampu memperbaharui rekod peribadi masing-masing. – PODIUM ON TOUR

Antara PB atlet luar negara berprofil tinggi di Terbuka Singapura:

Singapura

Veronica Shanti Pereira (100m PB 11.20s,  200m PB 22.57s)
Marc Brian Louis (100m PB 10.27s, 200m PB 20.72s)
Ang Chen Xiang (110mh PB 13.77s)

Thailand

Areerat Intadis (lontar peluru PB 16.71m)
Subenrat Insaeng (lempar cakera PB 61.97m)
Kittipong Boonmawan (baling tukul besi PB 68m)

Filipina

Clinton Kingsley Bautista (110mh PB 13.78s)
Janry Ubas (lompat jauh PB 8.08m)

Taiwan

Lin Yu-tang (lompat jauh PB 8.40m )
Ke Wu Yen Ming (200m PB 20.58s)

Indonesia

Idan Fauzan Richsan (lompat galah PB 5.32m)
Maria Natalia Londa (lompat kijang PB 14.17m)

Post navigation

Previous: Sasaran setiap kejohanan 16.8m, NR – Izzul Haniff
Next: Kemalangan jejas rentak Mughni bersama THT

Related Stories

armin zahryl
  • Olahraga

Armin Zahryl layak jadi pengganti Rayzam

podiumontour April 16, 2026
Melissa
  • Olahraga

Permulaan positif Melissa, naib juara Terbuka Singapura

podiumontour April 16, 2026
Jing Xuan
  • Olahraga

Jing Xuan kedua terbaik Terbuka Singapura

podiumontour April 15, 2026

Recent Posts

  • Armin Zahryl layak jadi pengganti Rayzam
  • Permulaan positif Melissa, naib juara Terbuka Singapura
  • Jing Xuan kedua terbaik Terbuka Singapura
  • Kemalangan jejas rentak Mughni bersama THT
  • Terbuka Singapura ala ‘mini Sukan SEA’
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.