Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Jing Xuan kedua terbaik Terbuka Singapura

podiumontour April 15, 2026 1 minute read
Jing Xuan

JING XUAN tetap positif dengan prestasinya dalam kejohanan pertama tahun 2026 di Terbuka Singapura hari ini (15 April). - OLAHRAGA MALAYSIA

ATLET rejam lembing Wanita negara, Ng Jing Xuan gembira dengan persaingan yang dihadapinya Ketika meraih pingat perak Terbuka Singapura hari ini (15 April).

Jing Xuan meraih tempat kedua dengan catatan 47.49 meter (m), tewas kepada Atinna Nurkamil Bahtiar dari Indonesia yang membuat lemparan sejauh 49.86m pada aksi di Stadium Nasional Singapura, Kallang itu.

Pingat gangsa menjadi milik seorang lagi atlet Indonesia, Kresensia Mobok Ndiken yang mencatat 41.15m.

“Sebenarnya okey dengan prestasi hari ini tetapi saya tak boleh cepat selesa kerana ada dua atlet Indonesia yang menolak saya.

“Lagipun saya tak pernah bertemu atlet muda Indonesia itu (Kresensia Mobok), ini kali pertama berlawan dengannya dan boleh katakan dia agak bagus.

“Saya perlu perbaiki apa kesilapan di sini hari ini. Saya akan beri yang terbaik di kejohanan seterusnya VTF,” katanya kepada Podium On Tour di Stadium Nasional Singapura hari ini.

Atlet berusia 22 tahun itu merasakan prestasinya dalam kejohanan pembuka tirai 2026 agak memuaskan walaupun jauh dengan rekod kebangsaannya 52.17m dicipta pada Sukan SEA Thailand 2025.

Selepas ini, Jing Xuan akan cuba berikan aksi lebih baik pada saingan Varsity Track & Field (VTF) di Universiti Sains Malaysia pada 17 April ini. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Kemalangan jejas rentak Mughni bersama THT
Next: Permulaan positif Melissa, naib juara Terbuka Singapura

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.