Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Kemalangan jejas rentak Mughni bersama THT

podiumontour April 14, 2026 2 minutes read
Mughni

MUGHNI cuma beraksi empat minit dalam setiap suku masa ketika menentang TNB ThunderStars dalam aksi Piala Sumbangsih minggu lalu. - MHC

MUNGKIN faktor kecederaan dialami Mughni  Mohamad Kamal antara faktor rentask Pasukan Hoki Terengganu (THT) terjejas hingga terlepas mempertahan PIala Sumbangsih pada kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026.

Mughni diberikan waktu permainan yang terhad, lebih kurang empat minit dalam setiap suku masa ketika tewas 4-5 kepada TNB ThunderStars di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 11 April lalu.

Ini disebabkan luka di bahagian kaki pemain berasal dari Kedah itu masih belum sembuh sepenuhnya selepas mengalami kemalangan baru-baru ini.

Namun, itu bukan alasan, sebaliknya Mughni bertekad berikan aksi terbaik dan berharap lukanya sembuh sepenuhnya untuk aksi kedua menentang Maybank di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat ini.

“Alhamdulillah tak teruk sangat tapi saya terpaksa ambil ubat tahan sakit sebelum perlawanan (menentang TNB). Saya tak boleh main lama sangat sebab risau jatuh boleh sebabkan luka makin teruk.

“Sekarang luka dah nampak makin kering, mungkin ambil masa 1 atau 2 minggu lagi. Sebab kalau luka tak kering susah saya nak berlari, jadi saya harap kering saja dulu,” katanya eksklusif kepada Podium On Tour.

Jika Mughni kembali beraksi seperti biasa, ia pastinya satu rangsangan tambahan buat THT yang wajib menang ke atas Maybank.

Ia tidak mudah kerana Maybank juga antara calon pilihan selain masih segar dengan kemenangan 5-2 ke atas Young Elephants Pahang di Komplek Sukan Pahang (Sukpa), Kuantan pada 12 April lalu. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – MHC

Post navigation

Previous: Terbuka Singapura ala ‘mini Sukan SEA’
Next: Jing Xuan kedua terbaik Terbuka Singapura

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.