Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Permulaan positif Melissa, naib juara Terbuka Singapura

podiumontour April 16, 2026 2 minutes read
Melissa

MELISSA berbangga kerana menaiki podium di penampilan antarabangsa pertamanya pada 2026. - OLAHRAGA MALAYSIA

MALAYSIA mungkin sudah menemui atlet muda untuk menemai Norliyana Kamaruddin dalam mana-mana kejohanan antarabangsa selepas ini melalui Melissa Choong.

Atlet muda berusia 22 tahun dari Pulau Pinang ini baru sahaja muncul naib juara Terbuka Singapura di Stadium Nasional Kallang semalam (15 April) dengan catatan 1.60 meter (m).

Kejayaan itu hadir pada waktu tepat selepas pemegang rekod kebangsaan, Yap Sean Yee dengan catatan 1.83m memilih untuk bersara bulan lalu untuk fokus sepenuhnya kepada karier baharu sebagai pengajar pilates.

Kini, Norliyana, 35, selaku pemenang pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025, tidak lagi keseorangan kerana Melissa boleh menjadi pelapis seterusnya, apatah lagi dia berguru di bawah legenda negara, Lee Hup Wei.

Mengulas mengenai kejayaan di Singapura, Melissa menganggap permulaan 2026 yang positif dalam usahanya untuk memperbaiki rekod peribadinya, 1.70m selepas ini.

“Keseluruhan saya sangat gembira dan puas hati walaupun keputusan tak sampai 1.65m tetapi saya dapat rasa peningkatan dari segi teknik. Jurulatih juga beritahu perkara sama.

“Memang saya fokus lebih kepada aspek teknikal di Terbuka Singapura. Banyak lagi boleh dibaiki dan sudah tentu saya mahu atasi PB (rekod peribadi) 1.70m tahun ini.

“Saya dah habis belajar tahun lepas dan mula bekerja, jadi boleh kata sekarang saya berlatih sepenuh masa. Bukan satu masalah sebab saya dah biasa bahagi masa untuk olahraga sejak kecil,” katanya eksklusif kepada Podium On Tour.

Melissa juga mempunyai persamaan dengan Norliyana yang mana kedua-duanya beralih ke heptatlon dan kini kembali sepenuhnya ke  acara lompat tinggi.

Pingat emas dimenangi atlet Singapura, Jade Chew yang melepasi had ketinggian 1.70m, manakala dua lagi atlet tuan rumah, Goh Yen Young Amelia dan Yuki Ho terikat catatan 1.55m. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Jing Xuan kedua terbaik Terbuka Singapura
Next: Armin Zahryl layak jadi pengganti Rayzam

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.