AZIZULHASNI meraikan kejayaannya memenangi pingat emas keirin Siri 1 Piala Dunia Berbasikal Trek 2026 di Perth, Australia baru-baru ini. - TRACK WORLD CUP AUSTRALIA
TAK keterlaluan kalau katakan Datuk Azizulhasni Awang adalah versi sebenar ‘Cristiano Ronaldo’ dalam sukan berbasikal.
Pada usia 41 tahun, Ronaldo masih beraksi pada tahap tertinggi dengan kini sudah mengumpul 965 karier gol peribadi, menghampiri sasarannya 1,000 gol sebelum menggantung but sepenuhnya.
Pemenang lima Ballon d’Or ini hampir pasti akan membuat penampilan keenamnya di pentas Piala Dunia 2026 yang mana ia akan menjadi aksi terakhir bersama Portugal.
Biarpun berlainan padang tetapi kisah kejayaan legenda Manchester United dan Real Madrid ini sedikit sebanyak hampir sama dengan kejayaan Azizulhasni.
Kabinet trofi Pocket Rocketman pastinya dah penuh dengan pelbagai gelaran termasuklah 🥉 Olimpik Rio 2016 dan 🥈 Olimpik Tokyo 2020.
Terbaharu di usia 38 tahun, 🥇 dan 🥉 berjaya dimenangi Azizulhasni pada Siri 1 Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Perth, Australia.
Walaupun berdepan pelbagai ujian termasuk pembedahan jantung, dibatalkan penyertaan di Olimpik Paris 2024 dan hampir bersara, namun Azizulhasni membuktikan ‘otai masih berbisa’.
Siri Piala Dunia, Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia antara kejohanan antarabangaa bakal disertai tahun 2026.
Tak mustahil penamat gemilang mampu ditempa Azizulhasni dengan meraih emas Olimpik pertama dirinya dan Malaysia di Los Angeles 2028. – PODIUM ON TOUR
KREDIT FOTO – TRACK WORLD CUP AUSTRALIA