Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Afiqah Syahzani penjaring terbanyak di Chile

podiumontour March 9, 2026 1 minute read
Syahzani

AFIQAH Syahzani (kanan) bergambar pada majlis penyampaian hadiah Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 hari ini (8 Mac). - CHILE HOCKEY

SATU kebanggaan buat arena hoki wanita tanah air walaupun Malaysian Tigress tidak berjaya mendapat tiket ke Piala Dunia Hoki 2026.

Apa tidaknya, penyerang negara, Nur Afiqah Syahzani Azhar dinobatkan sebanyak penjaring terbanyak Kelayakan Piala Dunia Hoki 2026 di Santiago, Chile.

Biarpun cuma tiga gol, ia membuktikan intentisi dan tahap kompetitif yang tinggi antara lapan pasukan bertanding merebut tiket ke Piala Dunia.

Penjaring terbanyak (3 gol)

Afiqah Syahzani Azhar (Malaysia)
Neasa Flynn (Australia)
Emma van der Zanden (Perancis)
Caoimhe Perdue (Ireland)

Pastinya anugerah ini akan membakar semangat Afiqah Syahzani untuk membantu skuad negara di Sukan Asia Aichi-Nagoya pada September nanti

“Afiqah tunjukkan prestasi yang sangat baik sepanjang kejohanan. Dia manfaatkan peluang yang ada dan selalu berikan impak besar dalam serangan pasukan.

“Kami gembira dengan perkembangannya, tetapi yang penting bagaimana dia terus konsisten dan membantu pasukan bergerak ke tahap seterusnya.

“Dia juga seorang ketua yang baik, sentiasa berusaha dalam latihan dan perlawanan,” kata pengendali Malaysian Tigress, Nasihin Nubli Ibrahim kepada Podium On Tour.

Keseluruhan, Malaysian Tigress menutup kempen di Chile di kedudukan keenam. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – CHILE HOCKEY

Post navigation

Previous: Wushu ke triatlon, Esther Joy pegang rekod half maraton
Next: Azizulhasni ‘Cristiano Ronaldo’ versi berbasikal

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.