Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Pemain bukan robot, tak complain, tetap banggakan negara

podiumontour March 10, 2026 2 minutes read
pemain hoki

BARISAN pemain sudah membanggakan negara apabila layak buat kali keempat berturut-turut ke pentas berprestij Piala Dunia menjelang edisi 2026 di Belgium-Belanda pada Ogos nanti. - FIH

PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal mempertahan kejayaan Speedy Tigers layak ke Piala Dunia 2026 biarpun menerusi kelebihan ranking.

Situasi itu buatkan peminat bimbang jika menjadi pasukan belasahan di Piala Dunia pada Ogos nanti.

Subahan ada jawapan tersendiri ketika ditemui media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam (9 Mac).

“Layak Piala Dunia satu pencapaian, ramai orang tak sedar. Anda menang 1 aksi, layak Piala Dunia, tetap layak. Menang 3 perlawanan tetapi tak layak, anda masih tak layak ke Piala Dunia.

“Pemain kebangsaan, kebanggaan negara, mereka bukan robot. Anda mahu mereka jadi terbaik di dunia tapi bayar RM3,000 sebulan, kalau bayar RM15,000 gaji, okey saya faham.

“Saya bangga dengan pemain, barisan jurulatih. Walaupun serba kekuranga, mereka tak pernah complain, tetap pergi dan harumkan nama negara.

“Berbanding sukan lain, kami tak diberi (peruntukan) banyak, tapi masih capai tahap kami mahu berada (layak ke Piala Dunia). Jadi cuba kita berbangga dengan pencapaian ini,” katanya.

Skuad hoki negara sambar slot terakhir ke Piala Dunia 2026 di Belgium-Belanda melalui tiket ketujuh; pasukan No.4 ranking terbaik dunia daripada kelayakan di Mesir dan Chile.

Malaysia, No.15 dunia tewas 4-5 kepada Jepun dalam penentuan 3/4 di Mesir, manakala Poland, No.22 dunia, kalah 1-2 di tangan Wales di Chile.

Korea Selatan, juara Piala Asia 2022, gangsa Sukan Asia 2023 dan raih No.8 Piala Dunia 2023, kini jatuh merudum di ranking ke-23 dunia & TIDAK LAYAK ke edisi Piala Dunia 2026. – PODIUM ON TOUR

Keputusan Malaysia di kelayakan Piala Dunia:

Kumpulan B
Malaysia 6 – 1 Austria
Malaysia 3 – 5 Pakistan
Malaysia 5 – 4 China

Semi final
Malaysia 1 – 7 England

Tempat ke3/4
Malaysia 4 – 5 Jepun

KREDIT FOTO – FIH

Post navigation

Previous: Azizulhasni ‘Cristiano Ronaldo’ versi berbasikal
Next: Grace mahu pingat Sukan Asia selepas 72 tahun

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.