Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

Azrai, Akhimullah perlu jadi mesin gol Speedy Tigers

podiumontour February 25, 2026 1 minute read
Azrai

AZRAI (kiri) dan Akhimullah (kanan) antara penyerang lain yang turut menjadi sandaran untuk merobek gawang gol lawan di Ismailia ketika ini. - MHC

KETAJAMAN dan kelincahan Azrai Aizad Abu Kamal dan Akhimullah Anuar Esook menjadi taruhan untuk meledak gol padang (FG) buat Malaysia.

Keupayaan menghasilkan banyak FG mampu membantu apabila berdepan Austria, Pakistan dan China pada Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir dari 1 hingga 7 Mac ini.

FG sememangnya amat penting sekiranya skuad negara berdepan kesukaran untuk mendapatkan pukulan sudut penalti (PC).

Selain Faizal Saari, Azrai dan Akhimullah diakui memiliki penyudah yang tajam untuk merobek gawang gol pasukan lawan.

Jumlah gol:
Azrai – 105 gol senior antarabangsa
Akhimullah – 52 gol senior antarabangsa

Rekod pertemuan terakhir:

Austria 4 – 5 Malaysia
Azrai (FG)
Faizal Saari (PC, FG, FG)
Fitri Saari (PS)

Pakistan 3 – 3 Malaysia
Fitri Saari (FG)
Syed Syafiq (PC, PC)

Malaysia 4 – 1 China
Norsyafiq (PC)
Akhimullah (FG, FG)
Syed Syafiq (PC)

Post navigation

Previous: Malaysian Tigress berangkat ke Chile
Next: Malaysia hampir jinakkan Indonesia, seri 4-4

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.