Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Hoki

SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala

podiumontour October 24, 2026 1 minute read
SOJC

RAHUUL (kiri) turut mencetak nama selaku penjaring gol dalam kemenangan besar 6-1 ke atas Kanada di Stadium Hoki Taman Daya hari ini. - JAYDEN SEAH

KALI terakhir Malaysia menjulang trofi Piala Sultan Johor (SOJC) adalah pada 2011 dan kini selepas 15 tahun menanti, Young Tigers hanya selangkah lagi untuk mengembalikan kegemilangan itu.
Pesta gol 6-1 ke atas Kanada dalam aksi terakhir round robin hari ini menjadi suntikan semangat buat anak-anak buah Nor Saiful Zaini Nasiruddin menjelang aksi final menentang Pakistan esok.
“Pakistan bukan lawan mudah, bahagian tengah dan serangan mereka sangat laju. Kemahiran bola juga bagus. Pemain perlu tahu bagaimana mengawal permainan esok, kena banyakkan peluang dan jaringkan gol,” kata Nor Saiful.
Enam gol skuad negara dijaringkan Muhammad Hafiezuddin Mohd Ali, Naaveennash Paniker, Muhammad Faiz Afzan Mohd Faizal, Rahuul Fazrien Muhammad Nazrien, Dheeressh Gunaseelan dan Muhammad Safwan Salihe.
Peluang untuk mengulangi sejarah sebagai pasukan negara kedua menjuarai SOJC sudah terbuka, kini segalanya bergantung kepada para pemain di atas padang.
15 tahun bukan penantian yang singkat dan esok masanya berjuang membawa pulang trofi. Mampukah Young Tigers menamatkan penantian panjang ini? – PODIUM ON TOUR
FOTO – JAYDEN SEAH

Post navigation

Previous: SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

Related Stories

SOJC
  • Hoki

SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus

podiumontour October 23, 2026
SOJC
  • Hoki

SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final

podiumontour October 22, 2026
ACT
  • Hoki

Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India

podiumontour October 22, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.