HAKIM DANISH berjaya meraih enam mata selepas menamatkan GP Brazil di kedudukan ke-10.
HAKIM Danish Ramli, 18, membanggakan Malaysia, kali ini menerusi kejayaannya mengutip mata pertama dalam kariernya di pentas Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2026.
Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu mendapat enam mata selepas meraih tempat ke-10 pada Grand Prix (GP) Brazil di Litar Autodromo Ayrton Senna, Goiania awal pagi tadi (23 Mac).
Ia adalah peningkatan prestasi yang positif ditunjukkan anak jati Terengganu itu selepas menamatkan perlumbaan pembuka musim di tempat ke-19 GP Thailand di Buriram.
Rekod Malaysia dalam kelas Moto3
Zulfahmi Khairuddin – 128 mata (2012)
Zulfahmi Khairuddin – 68 mata (2013)
Khairul Idham Pawi – 62 mata (2016)
Adam Norrodin – 46 mata (2018)
Adam Norrodin – 42 mata (2017)
Zulfahmi Khairuddin – 19 mata (2014)
Zulfahmi Khairuddin – 19 mata (2015)
Adam Norrodin – 14 mata (2016)
Hakim Danish – 6 mata (2026) *baru 2 perlumbaan
Hakim Danish – 6 mata (2025)
Syarifuddin Azman – 5 mata (2023)
Syarifuddin Azman – 3 mata (2021)
Hafiq Azmi – 3 mata (2014)
Pelumba Indonesia, Veda Pratama tidak kurang hebatnya apabila mencipta sejarah baharu, menjadi rakyat 🇮🇩 pertama menaiki podium MotoGP meraih tempat ketiga.
Juara GP Brazil menjadi milik Maximo Quilles (Sepanyol) dan Marco Morelli (Sepanyol) di tempat kedua.
Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di GP Amerika Syarikat di COTA, Austin pada 29 Mac ini. – PODIUM ON TOUR
KREDIT FOTO – HAKIM DANISH