Skip to content

Podium On Tour

Primary Menu
  • Home
  • Olahraga
  • Hoki
  • Bola Sepak
  • Badminton
  • Sukan Lain
  • XTRA
  • Kenali Kami
  • Hubungi
Light/Dark Button
  • Olahraga

Sarah Adi puas hati SB 3.80m walaupun terjatuh

podiumontour March 22, 2026 1 minute read
Sarah Adi

SARAH ADI terjatuh ketika cuba melepasi had ketinggian 3.95m Nantou International Pole Vault Invitational Meet di Sun Moon Lake, Taiwan hari ini (22 Mac).

ATLET lompat bergalah negara, Nor Sarah Adi gembira dengan catatan 3.80 meter (m) dalam penampilan pertama tahun 2026 pada Nantou International Pole Vault Invitational Meet di Sun Moon Lake, Taiwan.

Walaupun terjatuh pada percubaan pertama ketika had ketinggian 3.95m, namun Sarah Adi tetap berpuas hati dengan keseluruhan prestasinya kerana dapat catatan tahunan terbaik (SB)3.80m.

“Sebenarnya tadi lompat 3.95m boleh saja tapi saya jatuh masa 1st try. Tangan dah rasa sakit tapi saya tetap cuba juga yang terbaik.

“Saya rasa sangat seronok hari ni, badan rasa best dan laju. 25 Mac nanti (Rabu) saya mesti boleh lompat lagi bagus,” katanya kepada Podium On Tour.

Biarpun tidak berjaya memperbaharui rekod peribadi (PB), 4.05m, tetapi prestasi yang ditunjukkan dengan SB 3.80m menunjukkan Sarah berada di landasan tepat.

Ini disebabkan Sarah hampir dua tahun tidak beraksi kompetitif sejak 2023 kerana kecederaan dan satu-satunya kejohanan disertainya pada 2025 adalah 3.60m sewaktu Sukan SEA Thailand 2025.

Rabu ini, Sarah akan menyertai Taiwan International Indoor Pole Vault Meet. – PODIUM ON TOUR

KREDIT FOTO – OLAHRAGA MALAYSIA

Post navigation

Previous: Kali kedua beraya di perantauan, Naufal mahu PB baharu
Next: Enam mata bersejarah Hakim Danish di GP Brazil

Related Stories

Latif
  • Olahraga

Latif Romly kekal unggul, raih emas Sukan Para Asia

podiumontour October 20, 2026
ba'driena spm
  • Olahraga

Pelari pecut UPSI kongsi pengalaman raih 8A 1B+ SPM

podiumontour October 17, 2026
YOG
  • Olahraga

Gerfan, Zacharry wakil olahraga ke YOG Dakar 2026

podiumontour October 15, 2026

Recent Posts

  • SOJC: 15 tahun menanti, ini masanya julang piala
  • SOJC: Young Tigers belasah Kanada, kekal rekod 100 peratus
  • SOJC: Adam Ashraf sah beraksi di final
  • Presiden MHC cabar Speedy Tigers kalahkan India
  • Speedy Tigers mahu perbaiki pencapaian di ACT 2026
  • YouTube
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads
© 2026 PODIUM ON TOUR All rights reserved. | MoreNews by AF themes.